Manfaat Vitamin C untuk Kulit

Manfaat Vitamin C untuk Kulit

December 25, 2021

Vitamin C merupakan salah satu daripada bahan  yang terbukti berkesan serta menarik untuk kulit (1). Antioksida larut air ini merupakan komponen semulajadi bagi kulit yang sihat. Lapisan utama kulit yang terdiri daripada epidermis (bahagian lapisan luar kulit) dan dermis (bahagian pertengahan kulit).

Tahap vitamin C dalam kulit berada pada kadar yang optimum pada peringkat usia yang muda. Namun, kadar vitamin C di dalam badan semakin berkurang apabila umur semakin meningkat. Selain daripada faktor usia, antara faktor lain yang mendorong kepada pengurangan kadar vitamin C di dalam kulit pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan. Perkara ini mengakibatkan kulit tampak kusam, tidak sekata dan tidak anjal seperti sebelumnya (2).

Namun begitu, masih terdapat produk penjagaan kulit wajah topikal yang mampu mengurangkan kesan ini supaya kulit kelihatan muda dan sihat.

Manfaat Vitamin C untuk Kulit

Terdapat pelbagai manfaat vitamin C kepada kulit, termasuk kemampuan untuk menyekatakan tona kulit dan mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan (3). Walaupun bahan ini dikenali oleh disebabkan kemampuan untuk mencerahkan kulit, kajian juga membuktikan ianya mampu melindungi kulit daripada impak kerosakan kulit yang berpunca daripada persekitaran termasuklah meneutralisasikan kerosakan radikal (4). Sinergi antara pengurangan masalah sebelum dan selepas menjadikan vitamin C adalah bahan terbaik untuk memperbaiki kulit.

Jenis Vitamin C dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah

Terdapat pelbagai jenis vitamin C dalam produk penjagaan kulit wajah. Walaupun kesemua jenis ini memberikan manfaat antioksidan yang bagus, sesetengah jenis vitamin C mempunyai potensi yang lebih baik berbanding yang lainnya.

Ascorbic acid—atau dikenali sebagai L-ascorbic acid— antara bahan yang telah banyak dilakukan kajian mengenai manfaatnya kepada ulit berbanding jenis-jenis vitamin C yang lain. Apabila diformulasikan dengan tepat pada pH bawah daripada 4 (julat ideal adalah pada 2.6 – 3.2), bahan ini dapat membantu kulit yang kelihatan muda, anjal serta mampu menyekatakan tona kulit dan memudarkan bintik hitam. Ascorbic acid juga membantu pertahanan lapisan kulit utama untuk mengurangkan impak kerosakan akibat daripada pendedahan kepada elemen luaran yang merosakkan kulit. (5)

Selain daripada ascorbic acid, jenis vitamin C yang terbukti keberkesanannya dalam kajian termasuklah sodium ascorbyl phosphate (6), ascorbyl palmitate (7), 3-O ethyl ascorbic acid (8), tetrahexyldecyl ascorbate (9), magnesium ascorbyl phosphate (1), and ascorbyl glucoside (2).

Perlu diingatkan bahawa Vitamin C sensitif pada cahaya dan udara. Vitamin C akan rosak dari semasa ke semasa sekiranya bahan ini kerap terdedah (5). Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat yang terbaik daripada serum vitamin C atau pelembab yang mengandungi vitamin C, cari produk di dalam bekas kedap udara dan bekas  yang dapat menghalang cahaya matahari untuk mengekalkan keberkesanan produk. Krim Vitamin C  yang dipakejkan dalam bekas tidak akan bertindak efektif dalam tempoh masa yang lama (10). 

Produk Vitamin C



Kajian membuktikan vitamin C pada tahap 10% (kebiasaannya dijumpai dalam serum atau treatment) memberikan kesan yang efektif pada kulit kulit. Sekiranya kulit kelihatan kusam atau tidak sekata—tidak kira jenis kulit anda, serum bertekstur cecair ringan pada 15% ascorbic acid adalah ideal untuk digunakan dengan produk penjagaan kulit wajah yang lain. Bagi bintik hitam yang lebih degil, gunakan 25% vitamin C yang mempunyai tekstur yang lebih melembabkan (1).

Vitamin C berkonsentrasi rendah juga mempunyai manfaat tersendiri dengan menambah manfaat daripada produk tanpa bilas seperti pelembab, krim bawah mata dan serum. Tambahan pula, kajian menyatakan vitamin C berkonsentrasi 0.6% memberikan manfaat antioksida anti-penuaan kepada kulit. Vitamin C berkonsentrasi rendah mempertingkatkan manfaat bahan awet muda yang lain seperti retinol dan ceramide.  

Bila dan Bagaimana untuk Menggunakan Vitamin C dalam Rutin Penjagaan Kulit Wajah

Kesemua jenis vitamin C sesuai dengan semua bahan lain termasuklah asid eksfolian seperti AHA, BHA. Vitamin C juga sesuai apabila digandingkan dengan vitamin dan antioksida yang lain, seperti niacinamide dan retinol. (11, 12).

Vitamin C boleh dipakai dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. Selepeas membersihkan wajah, toning dan exfoliating, gunakan produk berdasarkan tekstur daripada yang paling ringan kepada tekstur yang lebih berat (kebiasaannya, serum, pelembab, produk rawatan (treatment). Pada rutin siang, gunakan pelembab berspektrum luas pada SPF30 dan ke atas.

Rujukan

  1. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2017, pages 14-17
  2. Nutrients, August 2017, ePublication
  3. Dermatologic Surgery, July 2005, pages 814–817
  4. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, August 2019, pages 46-53
  5. Indian Dermatology Online Journal, April-June 2013, pages 143-146
  6. International Journal of Cosmetic Science, June 2005, pages 171-176
  7. European Journal of Pharmaceutics and Biopharmaceutics, July 2003, pages 59-66
  8. Journal of Cosmetic Science, July/August 2018, pages 233-243
  9. Journal of Drugs in Dermatology, July 2015, pages 699-704
  10. Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, May 2018, pages 253-263
  11. Journal of Drugs in Dermatology, Volume 7 Supplement, July 2008, pages S2-S6
  12. Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology, November 2013, pages 281-288


Leave a comment

Comments will be approved before showing up.