Manfaat Teh Hijau dan Kopi Kepada Kulit

Kajian mengenai teh hijau dalam produk penjagaan kulit wajah membuktikan bahawa terdapat mempunyai manfaat anti-penuaan dan menenangkan kulit. Secara spesifik, polyphenol yang terkandung di dalam produk penjagaan kulit memberikan kesan yang baik bagi kulit yang mengalami kerosakan akibat daripada cahaya matahari.

Epigallocatechin gallate (EGCG) merupakan bahan yang turut terkandung dalam teh hijau yang bertanggungjawap untuk memberi kebanyakan kesan terbaik kepada kesihatan, serta memberikan kesan  yang terbaik kepada kulit—sama ada dipakai secara topikal atau secara konsumsi.

Apa itu Teh Hijau Matcha?

Matcha merupakan sejenis teh hijau yang diproses dengan cara yang tertentu untuk mengekalkan kandungan antioksida di dalam bahan ini. Teh hijau jenis matcha ini mempunyai konsentrasi EGCG yang lebih tinggi berbanding jenis teh hijau yang lain—menjadikan teh hijau matcha ini tarikan bagi bahan makanan serta kosmetik.

Walaupun teh hijau mempunyai manfaat tersendiri, tiada bukti yang konklusif yang boleh membuktikan keunggulan bahan ini berbanding bahan antioksida yang lain. Walaupun bahan ini menunjukkan potensi yang baik untuk antioksida, kajian perbandingan perlu banyak dilakukan untuk memastikan keunggulan bahan ini. Ketiadaan kajian perbandingan teh hijau dengan bahan antioksida lain bukanlah titik noktah kepada bahan ini untuk tidak memberikan manfaat kepada kulit. Teh hijau dan EGCG merupakan bahan tambahan yang baik untuk produk penjagaan kulit wajah anda.

Produk Paula’s Choice Skincare menggunakan teh hijau dalam beberapa formulasi produk seperti SKIN PERFECTING 2% BHA Liquid, RESIST Smoothing Primer Serum SPF 30, Weightless Body Treatment 2% BHA, dan SKIN BALANCING Ultra-Sheer Daily Defense SPF 30.

EGCG ini juga boleh di dapati dalam toner RESIST Advanced Replenishing Toner.

Manfaat Kopi Kepada Kulit

Kandungan kafein  yang terdapat dalam kopi dikatakan mampu memberi manfaat untuk menganjalkan kulit. Namun begitu, tidak banyak kajian yang menyatakan mengenai manfaat kafein kepada kulit, tambahan pula kebanyakan bukti kebanyakannya bersifat anekdot dan sukar untuk dipercayai. Manfaat yang digembar-gemburkan tidak tepat, tiada kajian yang menyatakan mengenai manfaat kafein untuk menegangkan kulit. Sekiranya perkara ini benar, menegangkan kulit adalah perkara yang mudah; hanya sapukan lebihan serbuk kopi pada kulit wajah dan kulit anda akan menjadi tegang dan ajal seta merta.


Namun begitu, kopi bukanlah bahan yang tidak baik untuk kulit wajah. Kopi mempunyai manfaat lain apabila dipakai secara topikal kepada kulit. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa minyak biji membantu mengembalikan kesihatan kulit supaya menjadi lembut dan licin. Minyak tumbuhan  tanpa pewangi ini juga memabantu mengekalkan kelembapak kulit. Sama seperti teh hijau, kopi mempunyai manfaat antioksidan yang tinggi, sama seperti kafein.


Walaupun lebih lebih banyak kajian yang diperlukan untuk bahan ini, kami berharap kajian yang sedang berjalan ketika ini akan mendedahkan manfaat kopi kepada kulit.

Skrub Kopi untuk Badan: Apakah Manfaatnya?

Sekiranya anda mengikuti penjagaan kulit wajah DIY, anda semestinya pernah menjumpai resipi yang menggunakan sisa kopi dan minyak kelapa. Secara umumnya, ianya bukanlah idea yang baik kerana sisa kopi adalah kasar kepada kulit. Cara yang baik untuk mengesan sekiranya produk itu terlalu kasar kepada kulit adalah dengan mencuba produk di belakang telapak tangan. Sekiranya anda dapat merasakan sedikit rasa kasar, jangan gunakan produk ini pada kulit bada kerana ianya akan mengakibatkan kulit menjadi semakin teruk pada jangka masa yang panjang.

Penggunaan skrub badan tidak akan standing dengan penggunaan AHA dan BHA pada badan. Skrub hanya membantu lapisan kulit luar dan tidak dapat membantu untuk membuang lapisan kulit mati seperti mana AHA dan BHA berfungsi.

Sekiranya anda ingin membuang lapisan kulit mati secara lembut, boleh ginakan produk losyen badan AHA dan BHA daripada Paula’s Choice AHA. Gunakan sisa kopi sebagai bahan kompos  yang boleh menyuburkan tanaman pada kebun anda.

Rujukan

  1. Oxidative Medicine and Cellular Longevity, November 2016, ePublication; and June 2012, ePublication
  2. Rheumatology, July 2010 Epublication
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, March 2009, pages 56–62
  4. Food and Chemical Toxicology, April 2008, pages 1298–1307
  5. Journal of Chromatography, September 2003, pages 173–180
  6. Journal of Photochemistry and Photobiology, December 2001, pages 109–141

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.