Manfaat Niacinamide Kepada Kulit

Niacinamide merupakan salah satu bahan dalam produk penjagaan kulit yang terbaik dan perlu diberi perhatian mengenai manfaatnya. Tergolong di antara bahan penjagaan kulit terbaik yang lain (Retinol dan Vitamin C) Niacinamide mendapat perhatian lebih disebabkan versetalitinya yang boleh digunakan untuk semua jenis dan masalah kulit.

Sebagaimana yang telah diketahui umum, Paula's Choice Skincare hanya menggunakan bahan yang terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kulit. Kajian mengenai Niacinamide telah membuktikan keberkesanan bahan ini serta kemampuan untuk bertindak efektif kepada untuk membantu penampilan kulit.

Apa itu Niacinamide?

Niacinamide merupakan vitamin larut air yang turut dikenali sebagai Vitamin B3 atau Nicotinamide. Niacinamide bertindak dengan cara bekerjasama dengan bahan semula jadi di dalam kulit untuk membantu mengurangkan saiz pori dan membantu tona kulit supaya kelihatan sekata. Selain daripada itu, bahan yang terbukti secara klinikal ini dapat membantu mengurangkan garis halus dan kedutan, membantu kulit kusam serta menguatkan struktur kulit wajah.

Niacinamide juga mengurangkan impak kerosakan kulit akibat daripada kesan kerosakan akibat persekitaran. Bahan ini berupaya untuk menguatkan barrier kulit (barisan utama pertahanan kulit). Niacinamide berperanan merawat kulit kesan kulit yang rosak. Kesan kulit yang rosak sekiranya tidak dirawat akan mengakibatkan kulit kelihatan berusia, kusam dan tidak berseri.

Mengapa Anda Perlu Menggunakan Niacinamide

Sebagaimana hasil kajian yang telah kami kumpulkan, kami percaya dengan keupayaan Niacinamide untuk merawat kulit melalui pemakaian produk penjagaan kulit seperti toner, serum dan leave-on treatment berkonsentrasi tinggi yang mengandungi niacinamide. Niacinamide sesuai untuk dipakai dengan bahan penjagaan kulit wajah lain seperti Retinol, Peptide, Hyaluronic Acid, AHA, BHA, Vitamin C dan semua jenis bahan antioxidant.

Niacinamide sesuai untuk dipakai kepada semua jenis kulit. Anda boleh menggunakan beberapa produk yang mengandungi Niacinamide dalam rutin penjagaan kulit anda dan ia tidak akan mengakibatkan kulit anda sensitif. Ianya turut sesuai dfuntuk dipakai kepada individu yang mempunyai kulit sensitif dan kulit yang mengalami rosacea.

Manfaat Niacinamide yang lain adalah ia membantu untuk memperbaharui dan merawat permukaan kulit daripada kering dan hilang kelembapan. Niacinamide menggalakkan kulit untuk penghasilan ceramide. Pengeluaran Ceramide akan berkurangan dari semasa ke semasa menjadikan kulit terdedah dengan pelbagai masalah seperti masalah kulit kering, menggelupas dan kulit menjadi sensitif.

Sekiranya anda mengalami masalah kulit kering, penggunaan Niacinamide secara topikal mampu untuk mempertingkatkan keupayaan pelembab untuk melembabkan permukaan kulit. Perkara ini akan membantu untuk menghalang kulit daripada kehilangan kelembapan kulit. Kehilangan lembapan seterusnya akan mengakibatkan kulit menjadi kering, tegang dan bersisik. Niacinamide bertindak secara efektif dengan bahan pelembab yang lain seperti Gliserin, minyak berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai bahan pewangi, Kolestrol, Sodium PCA dan Sodium Hyaluronate.

Bagaimana Niacinamide membantu pori?

Kajian tidak dapat untuk menerangkan secara menyeluruh mengenai bagaimana Vitamin B ini berfungsi untuk mengurangkan saiz pori. Niacinamide mempunyai keupayaan untuk merawat lapisan pori yang memberi pengaruh kepada lapisan kulit yang akan memerangkap kotoran ke dalam kulit. Lapisan kulit yang memerangkap kotoran akan menjadikan pori tersumbat, kulit menjadi berbonjol dan kasar. Apabila kotoran terperangkap terbentuk dan menjadi lebih serius, pori akan meregang dan mengakibatkan pori menjadi besar. Niacinamide membantu pori untuk kembali pada saiz yang asal. Kerosakan akibat daripada cahaya matahari juga akan mengakibatkan pori menjadi meregang, hal ini juga dipanggil sebagai “kulit oren”. Konsentrasi Niacinamide yang tinggi akan membantu mengecilkan saiz pori dengan mengekalkan elemen sokongan kulit.

Bagaimana untuk menggunakan Niacinamide?

Penggunaan Niacinamide adalah semudah pencarian produk penjagaan kulit wajah yang mengandungi beberapa bahan bermanfaat yang lain seperti antioxidant, agen skin-restoring dan bahan skin-replenishing yang lain.

Pengunaan bahan penjagaan kulit wajah yang mengandungi pelbagai bahan bermanfaat yang boleh membantu kulit adalah penting. Walaupun Niacinamade adalah bahan yag terbaik untuk kulit namun ianya bukanlah satu-satunya bahan yang kulit anda perlukan untuk kelihatan sihat. Ibarat pemakanan yang seimbang— walaupun brokoli adalah sihat namun sekiranya anda mengamalkan brokoli sebagai makanan harian, badan akan mengalami kekurangan nutrien penting yang lain. Badan manusia memerlukan lebih daripada satu bahan sihat untuk menyeimbangkannya. Hal ini adalah sama dengan kulit, kerana kulit merupakan organ yang terbesar pada badan!

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, gunakan produk Niacinamide dan gunakan pada kulit wajah dua kali sehari. Gunakan toner yang mengandungi Niacinamide setelah mencuci wajah untuk melembabkan dan mengembalikan semula kandungan lembapan dalam kulit. 10% Niacinamide Booster boleh digunakan seperti serum atau boleh dicampurkan dengan pelembab, berdasarkan pilihan individu.

Anda juga boleh menggunakan produk yang mengandungi Niacinamide pada sekitar mata. Penggunaan pelembab bawah mata atau krim bawah mata yang mengandungi niacinamide membantu mengurangkan kesan gelap bawah mata, mengurangkan kedut pada bahagian mata dan membantu kulit untuk kekal lembut dan anjal.

Niacinamide adalah bahan terpenting yang patut disertakan di dalam rutin penjagaan kulit wajah anda. Vitamin B yang versetail ini memberi banyak manfaat untuk meningkatkan penampilan kulit wajah supaya kelihatan lebih sekata, cerah dan muda. Sebagaimana bahan yang memberi manfaat kulit wajah yang lain, ianya penting untuk melindungi kulit dengan broad-spectrum sunscreen yang mempunyai tahap SPF 30 dan ke atas. Penggunaan pelindung matahari akan membantu kulit wajah untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada niacinamide.

Dapatkan produk berasaskan niacinamide di sini.

Rujukan:

Experimental Dermatology, February 2019, Supplement 1, pages 15-22; and October 2018, ePublication

Dermatologic Therapy, September 2017, ePublication

Journal of Investigative Dermatology, May 2017, page S116

International Journal of Pharmaceutics, March 2017, pages 158-162; and January 2013, Pages 192-201

Facial Plastic Surgery Clinics of North America, May 2016 , pages 145-152

Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, July 2015, pages 405-412

Skin Pharmacology and Physiology, June 2014, pages 311-315

International Journal of Pharmacy, January 2013, pages 192-201

Dermatoendrocrinology, July 2012, pages 308-319

Dermatologic Surgery, Volume 31, Part 2, 2005, Discussion 865

International Journal of Cosmetic Science, October 2004, pages 231-238

Journal of Cosmetic Dermatology, March 2004, pages 88-93

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.