Manfaat Membuang Lapisan Kulit Mati Pada Badan

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa kita perlu membuang lapisan kulit mati? Faktor seperti usia, kerosakan kulit akibat daripada kerosakan cahaya matahari mengurangkan keupayaan kulit untuk membuat proses membuang kulit mati dengan efektif. Hal ini kemudiannya menjadikan kulit menjadi kering, kusam pada bahagian lengan, kaki, lutut dan siku-- dan kemudiannya menjadikan kulit kelihatan lebih tua.

Produk Terbaik Yang Membantu Membuang Lapisan Kulit Mati Pada Badan

Industri kosmetik secara tradisional menawarkan hanya satu jenis produk, iaitu skrub. Anda akan mendapati skrub mempunyai beberapa jenis bahan yang bantu untuk membuang lapisan kulit mati pada kulit seperti;

  • Polyethylene (turut dikenali sebagai manik plastik mikro)
  • Kulit walnut yang dikisar
  • Batu Pumice
  • Debu volkanik
  • Gula
  • Garam laut


Apakah pilihan terbaik daripada senarai di atas? Tidak ada!

Mengapa Perlu Elakkan Skrub Fizikal Pada Badan

Terdapat beberapa pengecualian, namun, kebanyakan skrub badan dipasaran boleh menghakis lapisan kulit dengan kasar. Ianya membuang lapisan kulit mati dengan kasar, mengakibatkan luka serta koyakan mikro pada kulit dan kemudiannya menjadikan lapisan kulit yang sihat terhakis. Hal ini kemudiannya menjadikan kulit menjadi kering, sensitif dan beberapa masalah yang lain lagi.

Skrub badan juga turut mengandungi pewangi, termasuklah minyak pati (essential oil) dan hal ini seterusnya menyumbang kepada iritasi kepada kulit.

Loofah dan berus kering juga tidak memberikan kesan yang lebuh baik. Tekstur yang terlalu kasar menjadikan produk ini lebih teruk dari skrub dan seterusnya menjadikan kulit menjadi merah dan kasar daripada sebelumnya. Sekiranya proses exfoliant secara fizikal diperlukan, Dr. Corey Hartman mengalakkan penggunaan skrub tanpa kandungan aktif hanya sekali seminggu. Skrub badan fizikal yang lembut seperti silikon adalah pilihan yang lebih lembut daripada pilihan yang lain.

Apakah Produk Yang Anda Perlukan Untuk Exfoliate Kulit Badan?

Kajian telah membuktikan bahawa rawatan tanpa bilas AHA (Alpha Hydroxy Acid) atau BHA (Beta Hydroxy Acid) adalah pilihan terbaik. Apabila bahan ini diformulasikan dengan baik, exfoliant ini membantu melarutkan ikatan yang memegang kulit mati pada permukaan, menjadikan kulit kelihatan segar, sihat dan bertekstur lembut.

Gunakan AHA jenis Glycolic Acid atau Lactic Acid untuk membantu kulit yang kelihatan kering, rosak akibat cahaya matahari dan tona tidak sekata. AHA membantu membantu hidrasi kulit dan membantu kulit supaya kelihatan anjal-- lebih dari manfaat skrub badan boleh tawarkan untuk kulit anda!

Sekiranya kulit badan anda cenderung untuk mengalami pori tersumbat, tanda cela, kemerahan, serta tekstur kulit yang kasar-- cari losyen badan yang mengandungi BHA 2%. Penggunaan sekali atau dua kali sehari mampu memberikan kesan yang bermanfaat pada kulit!

Dapatkan produk AHA untuk membuang lapisan kulit mati pada badan.

Dapatkan produk BHA untuk membuang lapisan kulit mati pada badan.

Rujukan

  1. Plastic and Reconstructive Surgery, Volume 4, December 2016, ePublication
  2. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455–461
  3. British Journal of Dermatology, September 2014, Supplement 3, pages 19–28

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.