Kajian telah membuktikan bahawa kulit memerlukan pelbagai jenis bahan yang bermanfaat kepada kulit. Penjagaan kulit wajah memerlukan lebih daripada satu jenis bahan yang bermanfaat. Kajian lepas mencanadangkan kulit memerlukan bahan seperti omega fatty acid, ceramide dan peptide serta pelbagai bahan lain lagi untik memastikan kulit sentiasa kelihatan sihat dan segar.
Formulasi produk dari Paula’s Choice Skincare merangkumi pelbagai bahan terbaik dalam kulit dan anda tidak perlu risau bahawa kulit anda akan mengalami kekurangan bahan terbaik untuk menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan yang sihat. Langkah seterusnya yang perlu dikenalpasti adalah sama ada bahan terbaik ini akan memberi manfaat kepada isu kulit anda. Hal ini tidaklah sesukar yang difikirkan, anda boleh melihat bagaimana produk tersebut bertindak efektif kepada kulit anda.
Apabila berbincang mengenai produk yang mengandungi omega, ceramide dan peptide, berikut merupakan ciri yang akan disenaraikan untuk memudahkan pencarian produk yang terbaik untuk kulit. Anda akan mendapati kumpulan bahan ini mempunyai beberapa persamaan, namun ianya juga mempunyai perbezaan yang besar.
Fungsi Omega Fatty Acid
Fungsi Ceramide
Ceramide berbeza daripada Omega dan Peptide kerana:
Fungsi Peptide
Terdapat pelbagai jenis peptide dan setiap peptide membantu kulit untuk melalukan setiap perkara yang berbeza kepada kulit seperti membantu menyekatakan tona kulit, membantu menganjalkan kulit, membantu mempertingkatkan penampilan kedutan dan garis halus dengan menggalakkan lapisan kulit untuk menjadi halus, licin dan sihat.
Adakah anda memerlukan kesemua bahan tersebut?
Sama ada anda memerlukan kesemua bahan ini adalah bergantung kepada keperluan kulit serta masalah kulit yang dihidapi, namun, ketiga-tiga bahan ini baik untuk digunakan serentak dan sesuai untuk kesemua jenis kulit.
Untuk sesetengah keperlukan kulit sekiranya ceramide, peptide dan omega boleh di dapati di dalam satu produk, ianya adalah bagus! Namun sekiranya masalah kulit yang dialami lebih sukar untuk ditangani, penggunaan produk yang mempunyai konsentrasi yang tinggi adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Anda semestinya boleh menggunakan ketiga-tiga bahan ini di dalam rutin penjagaan kulit wajah anda.
Sekiranya anda mempunyai kulit kering, kulit yang mengalami dehidrasi atau kulit anda sensitif dan mudah untuk mengalami iritasi, kulit anda akan mendapat manfaat daripada campuran produk yang mempunyai omega, ceramide dan peptide.
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan mudah untuk mendapat jerawat, omega juga bagus untuk kulit anda namun kulit anda akan menerima lebih banyak manfaat daripada ceramide untuk menyeimbangkan lipid, serta penggunaan peptide oleh kerana kepelbagaian fungsi daripada bahan ini-- terutama sekali untuk kulit berminyak yang mengalami tanda penuaan.
Berbincang mengenai tanda penuaan, ketiga-tiga kumpulan ini akan memberi peningkatan kepada kulit anda teruta sekali untuk melawan garis halus, kedutan dan tekstur kulit yang tidak sekata, anda boleh menggunakan bahan ini untuk kesemua peringkat usia.
Eksperimen dengan pelbagai produk yang mengandungi bahan ini, gunakan kesemua produk ini di dalam satu rutin penjagaan kulit wajah atau gunakan secara bergilir-gilir. Kami pasti bahawa anda akan dapat melihat perbezaan ketiga-tiga bahan ini kepada kulit anda dan dapat membantu mempertingkatkan keadaan kulit anda supaya menjadi lebih sihat.
Rujukan:
Comments will be approved before showing up.