Kulit Kering Bawah Mata

Faktor Kulit Kering Sekitar Mata dan Kelopak Mata

Kawasan kelopak mata dan mata mempunyai sedikit kelenjar minyak sekiranya dibandingkan dengan kawasan wajah yang lain. Oleh kerana kawasan ini mempunyai kelenjar minyak yang sedikit, kawasan bawah mata tidak mempunyai kemampuan secara semulajadi untuk kekal lembab dan berseri.

  • Penggunaan pembersih wajah yang mengeringkan atau penanggal solekan pada kawasan mata secara harian akan mengakibatkan kekeringan pada kawasan mata.
  • Produk penjagaan kulit wajah yang mempunyai bahan yang mempunyai bahan yang akan mengakibatkan kulit sensitif terutamanya pewangi (sintetik mahupun semulajadi) akan merengsa kulit pada kawasan wajah, terutama sekali pada kulit wajah sekitar mata yang lebih sensitif.

  • Produk solekan bawah mata yang tebal agak sukar untuk ditanggalkan. Proses menanggalkan solekan mata yang kasar boleh mengakibatkan kekeringan pada bahagian bawah mata dan mengakibatkn mata yang merah.

  • Kerosakan kulit akibat cahaya matahari juga akan mengakibatkan kulit sekitar mata menjadi kering, berkedut dan lingkaran gelap pada bawah mata menjadi semakin ketara.

  • Punca kekeringan pada bahagian bawah mata yang terlalu kerap juga berkemungkinan daripada penyakit. Sekiranya keadaan kering pada sekitar mata menjadi lebih teruk dan kerap terjadi, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan.

 

Mengatasi Kulit Kering Pada Bahagian Bawah Mata

Langkah pertama dan paling penting adalah dengan menggunakan pencuci wajah atau penanggal solekan yang lembut, menenangkan kulit.

  • Pelembab yang diformulasikan dengan baik untuk kegunaan bahagian mata merupakan kunci kepada kulit bawah mata yang lebih lembut, segar dan cerah. Walaupun anda mungkin terkejut mendengar fakta ini, namun, pelembab yang baik boleh digunakan pada sekitar mata juga, dan ianya tidak perlu dilabel sebagai krim mata! Tidak kira label yang digunakan untuk memasarkan sesebuah produk dipasaran, rawatan bagi kulit kering tetap memerlukan bahan yang wajib seperti berikut; bahan yang menenangkan kulit, bahan yang memberi hidrasi kepada kulit, bahan yang memberi kesan pencerahan kepada kulit serta mengandungi antioksida yang melindungi kulit daripada kerosakan daripada persekitaran.

  • Pendekatan rawatan bagi kulit yang terlampa kering sekitar mata adalah dengan menggunakan pelembab yang bertekstur kaya, beremolien dan dalam bentuk balm untuk mengatasi kawasan bawah mata yang terlampau kering.
     
  • Bagi kawasan mata yang mengalami iritasi, gunakan pelembab yang mengandungi omega fatty acid dan ceramide untuk menenangkan kulit dan memperkukuhkan pertahanan hidrasi kulit.

  • Jangan abaikan penggunaan pelindung matahari setiap pagi! Langkah ini sangat kritikal bagi melindungi kulit bawah mata yang sangat lembut dan nipis. Sesetengah individu mempunyai kulit sensitif dan tidak memberi reaksi yang baik kepada pelindung matahari yang menggunakan pelindung matahari sintetik. Bagi individu yang berkulit sensitif, pilih pelindung matahari mineral.

Dapatkan penanggal solekan lembut di sini.

Dapatkan pencuci wajah lembut di sini. 

Dapatkan krim pelembab bawah mata di sini. 

Rujukan

  1. Journal of Cosmetic Dermatology, February 2017, ePublication
  2. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, April 2016, pages 95-105
  3. Biochimica and Biophysica Acta, May 2012, pages 1,410-1,419
  4. Aging, March 2012, pages 166-175
  5. Chemical Immunology and Allergy, March 2012, pages 77-80
  6. Experimental Dermatology, October 2009, pages 821-832
  7. International Journal of Toxicology, Volume 27, 2008, Supplement pages 1-43
  8. Skin Pharmacology and Physiology, 2008, issue 4, pages 191-202
  9. Food and Chemical Toxicology, February 2008, pages 446—475
  10. American Journal of Clinical Dermatology, 2003, issue 11, pages 789-798

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.