Kulit Dehidrasi 101: Apakah itu Kulit Dehidrasi & Cara Memilih Produk Terbaik - Paula's Choice Malaysia

Kulit Dehidrasi 101: Apakah itu Kulit Dehidrasi & Cara Memilih Produk Terbaik

Kulit dehidrasi dan kulit kering kebiasaannya dianggap sebagai isu yang sama. Hal ini berkemungkinan kerana kedua-dua isu kulit ini memberikan rasa yang kering pada kulit wajah. Walaupun begitu, kedua-dua ini adalah isu yang sangat berbeza. 

Bagaimana pula kedua-dua isu ini berbeza? Kulit dehidrasi merujuk kepada keadaan kulit kekurangan air (yang berpunca dari pelbagai faktor luaran), manakala kulit kering merujuk kepada kulit yang mengalami kekurangan minyak (sebum).

Hal ini juga bermakna sekiranya kulit anda terhidrasi, pengeluaran sebum pada kulit wajah anda masih berada pada tahap normal (atau lebih, sekiranya kulit anda jenis berminyak).

Kulit dehidrasi merupakan isu kulit yang sering diajukan kepada kami. Nampaknya masih terdapat banyak kekeliruan mengenai isu ini. Sebahagian besar kekeliruan ialah istilah "kulit dehidrasi" sering digunakan secara bergantian dengan "kulit kering" atau "kulit kombinasi"-- namun ketahuilah ia tidak sama! 

Kulit dehidrasi boleh berlaku pada semua jenis kulit dan tidak eksklusif untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau kulit kombinasi sahaja.

Sebaik sahaja anda memahami perbezaan kulit dehidrasi daripada kulit kering atau kulit kombinasi, akan menjadi lebih mudah untuk mencari produk terbaik dan menyusun rutin penjagaan kulit yang sesuai supaya anda dapat melihat kulit licin, berseri dan gebu yang anda inginkan!

Perbezaan antara kulit kering dan kulit dehidrasi

Mempunyai jenis kulit kering klasik mudah dikenali. Kulit kering kerap terasa tegang dan kering, tanpa kelihatan sebum pada kulit wajah. Ini adalah jenis kulit yang anda miliki sejak lahir dan kebanyakannya bergantung pada ketumpatan kelenjar sebum dalam kulit anda. Keadaan ini jarang berubah; kulit akan terasa kering sepanjang tahun. Kekeringan mungkin menjadi lebih teruk bergantung pada iklim, musim atau aktiviti. Tanpa produk penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit anda, rasa kering dan tegang yang tidak selesa akan berterusan. 

Kulit kombinasi merujuk apabila anda mempunyai kawasan yang berminyak, biasanya di zon T (hidung, dagu, dan tengah dahi) manakala kulit di bahagian tepi muka atau kawasan pipi kering.

Seperti yang dinyatakan di atas, kulit dehidrasi boleh kelihatan serupa, tetapi terdapat perbezaan utama: Kulit dehidrasi akan datang dan pergi, ia tidak berterusan.

Satu lagi ciri kulit dehidrasi ialah ia sering disertai dengan jumlah minyak yang normal hingga berlebihan pada kulit. Walaupun minyak berlebihan, kulit masih terasa tegang atau kering di mana-mana di muka anda, dan tanda-tanda ini sering disertai dengan mengelupas.

Secara ringkasnya, jika anda merasakan kulit anda kering di bawah lapisan berminyak di bahagian atas, kemungkinan besar anda mengalami dehidrasi kulit. Fakta yang mengejutkan: Bagi kebanyakan orang, produk penjagaan kulit yang mereka gunakan mungkin dipersalahkan!

Apakah yang menyebabkan kulit dehidrasi?

Walaupun kulit dehidrasi boleh disebabkan oleh faktor yang berbeza, selalunya ia adalah hasil daripada penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan keras atau bahan yang menyebabkan kulit sensitif-- yang mengganggu mengganggu  fungsi mikribiom kulit. Ia juga boleh melarat akibat daripada penggunaan produk salah yang membawa kepada ketidakseimbangan. Pada dasarnya, dehidrasi boleh dilihat sebagai hasil daripada penggunaan produk yang tidak disukai oleh kulit anda.

Bahan-bahan yang memburukkan kulit seperti alkohol (atau alkohol SD), mentol, pudina atau pewangi (sintetik atau semula jadi) boleh mengeringkan permukaan kulit dan meninggalkannya berasa dehidrasi. Ia juga akan merangsang pengeluaran minyak berlebihan di pangkal pori, jadi kulit akhirnya menjadi lebih berminyak dan lebih cenderung untuk mengakibatkan liang tersumbat dan menjadikan pori kelihatan besar.

Perkara yang sama boleh berlaku apabila anda menggunakan scrub yang melelas atau berus pembersih berbulu keras. Semua ini merosakkan permukaan kulit—dan kita tahu bahawa penghalang yang utuh adalah sangat penting untuk kulit yang kelihatan sihat.

Menggunakan gabungan produk yang salah atau menggunakan produk tertentu terlalu kerap boleh membuat keadaan menjadi teruk. Sebagai contoh, walaupun produk pengelupasan AHA atau BHA, vitamin C berkekuatan tinggi, dan kepekatan retinol yang tinggi boleh memberi manfaat yang luar biasa. Namun penggunaan setiap hari dan pengunaan serentak boleh mengakibatkan kulit terdehidrasi. Gabungan bahan ini bagus, namun penting untuk setiap individu memberi perhatian kepada cara kulit anda mengenai gabungan produk tertentu. Selangkan, atau kurangkan kekerapan penggunaan berdasarkan tindak balas kulit anda untuk mendapatkan hasil yang ideal. 

Cara merawat kulit dehidrasi

Perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk menjaga kulit yang dehidrasi ialah menilai rutin penjagaan kulit anda, dan berhenti menggunakan produk yang keras dan pemekaan. Ini bermakna anda mesti:
  • Gunakan pembersih yang lembut namun berkesan yang tidak membuatkan kulit terasa tegang, kering atau berminyak.
  • Jangan sekali-kali menggunakan scrub yang keras dan/atau berus pembersih yang kasar.
  • Gunakan toner penghidratan semula dan bukannya versi berasaskan penyingkiran kulit, alkohol atau witch hazel; toner yang mengisi semula keperluan kulit dengan bahan yang bermanfaat.
  • Apabila menggunakan serum, atau produk rawatan bertumpu-- gunakannya pada hari bergantian atau setiap hari untuk menilai keadaan kulit anda. 
  • Gunakan toner, booser, serum dan pelembap yang sarat dengan antioksidan, bahan menambah penghidratan seperti ceramide dan bahan memulihkan kulit. Ini memberikan kulit anda apa yang sangat diperlukan untuk kelihatan sihat, berseri dan licin.

Dapatkan produk yang melembabkan kulit di sini.

Rujukan

  1. Clinics in Dermatology, March-April 2018, pages 109–115
  2. World Allergy Organization Journal, August 2017, ePublication
  3. Journal of Chemical Physics, December 2014, issue 22
  4. Skin Pharmacology and Physiology, February 2014, issue 3, pages 158-163
  5. Chemical Immunology and Allergy, 2012, volume 96, pages 77-80
  6. Annals of Pharmaceutical France, May 2011, issue 3, pages, 135-141
  7. International Journal of Cosmetic Science, February 2000, issue 1, pages 21-52
  8. International Journal of Cosmetic Science, April 2003, issue 1-2, pages 63-95

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.