Krim Bawah Mata VS Gel Bawah Mata: Pilihan Manakah Yang Terbaik?
Kini terdapat pelbagai krim rawatan bawah mata yang ditawarkan pada pasaran produk penjagaan kulit. Terdapat banyak pilihan namun antara tekstur yang biasanya ditawarkan adalah jenis gel dan krim.
Perbezaan utama antara krim mata dan gel adalah, tidak lain tidak bukan, tekstur! Krim mata cenderung untuk lebih pekat dan terasa lebih mewah, sementara tekstur gel mata yang lebih nipis terasa ringan, menyegarkan, dan lebih halus daripada krim mata emolien.
Kedua-dua krim mata dan gel mata harus mengandungi bahan anti-penuaan penting yang sama. Semua jenis kulit memerlukan bahan untk mengatasi tanda-tanda penuaan di sekitar mata: antioksidan, bahan – bahan pemulihan kulit, dan bahan mengembalikan keremajaan kulit. Krim mata dan gel mata yang diformulasikan dengan baik akan mengandungi bahan ini, termasuk Paula's Choice Skincare RESIST Anti-Aging Eye Cream, RESIST Anti-Aging Eye Gel, dan CLINICAL Ceramide-Enriched Firming Eye Cream.
Nota penting: Kedua-dua krim mata dan gel mata dapat membaikpulih sembap bawah mata, lingkaran hitam, garis halus, kedutan, kehilangan keanjalan, dan tekstur kering. Kedua-duanya juga boleh digunakan pada kawasan bawah kening atau kelopak mata, namun berhati-hati dan elakkan produk masuk ke dalam mata.
Kembali kepada pemilihan produk mata berdasarkan jenis kulit anda: Nasihat ini tidak membantu kerana seiring bertambahnya usia, kulit di sekitar mata cenderung menjadi lebih kering berbanding kulit di seluruh wajah. Jadi, walaupun anda mempunyai kulit berminyak atau kombinasi, kawasan mata lebih cenderung untuk kering.
Anda boleh menggunakan krim mata jika anda lebih suka tekstur berkrim dan sekiranya kawasan mata anda jauh lebih kering daripada bahagian muka anda yang lain ianya adalah pilihan yang tepat; namun, gel mata mempunyai tempatnya juga!
Gel mata adalah terbaik untuk kegunaan pada waktu pagi untuk menghaluskan, menyegarkan, dan membantu mengurangkan sembap pada waktu pagi. Teksturnya yang ringan dan halus daripada kebanyakan gel mata juga berfungsi dengan baik di bawah solekan anda. Krim mata yang mewah boleh menyebabkan concealer menyebabkan kulit kelihatan berlipat menjadi garis dan memendekkan masa pemakaian eyeliner dan maskara, masalah yang biasanya tidak disebabkan oleh gel mata.
Krim mata adalah terbaik digunakan pada waktu malam, apabila anda boleh menggunakan lapisan tebal bagi ianya menyerap semasa anda tidur. Sekiranya anda juga memerlukan krim mata pada waktu siang, caranya adalah dengan hanya menggunakan lapisan tipis dan biarkan ia menyerap sebelum menggunakan pelindung matahari (penting untuk kawasan mata yang cenderung pada kedutan) dan solekan.
Adakah anda memerlukan krim mata dan gel mata dalam rutin penjagaan kulit anda? Ini bergantung kepada pilihan peribadi. Ramai orang lebih suka gel mata yang lebih ringan dan menenangkan untuk penggunaan pada waktu siang dan perlindungan lebih bagi kegunaan waktu malam, tetapi sesetengah mendapati satu jenis berfungsi dengan baik pagi dan malam. Bereksperimentasi untuk mengetahui kaedah mana yang paling sesuai untuk anda!
Dapatkan produk bawah mata di sini.
Rujukan
- Journal of Cutaneous and Aesthetic Surgery, April-June 2016, pages 65–72
- Facial Plastic Surgery, August 2013, pages 273–280
- Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, January 2013, ePublication
- Hautarzt, August 2011, pages 607–613
Leave a comment