Kepentingan Penggunaan Toner Dalam Rutin Penjagaan Kulit Wajah
Mengapa anda perlu menggunakan toner?
Toner yang diformulasikan dengan bahan terbaik untuk kulit mampu mengubah keadaan kulit menjadi lebih sihat selepas mencuci kulit wajah. Fungsi toner adalah untuk membantu mengembalikan dan menyeimbangkan flora yang keadaan kulit yang lebih sihat setelah proses menanggalkan solekan dan pembersihan wajah. Walaupun anda menggunakan pencuci wajah yang lembut, kulit anda masih memerlukan bahan yang menggantikan nutrien yang turut hilang dalam proses membersihkan wajah. Hal ini menjadikan toner adalah langkah terpenting selepas membersihkan kulit.
Toner dapat memberikan kulit dengan antiosida, bahan menenangkan kulit serta bahan penting dalam mengembalikan kelembapam kulit dengan pantas. Toner yang terbaik akan membantu ermukaan kulit supaya kelihatan lebih segar, lembut dan lembab. Ianya juga bertindak untuk menanggalkan lebihan solekan sekiranya masih ada yang tertinggal ketika membersihkan wajah.
Formulasi toner yang baik akan memberikan kesan yang nyata pada kulit anda. Ramai individu yang telah menggunakan toner tidak akan meninggalkan langkah ini setelah menggunakan toner terbaik yang sesuai dengan kulit mereka!
Apa itu toner?
Toner yang diformulasikan dengan sempurna bertindak setaraf dengan pelembab berbentuk cecair yang membantu meningkatkan kualiti kesihatan kulit supaya kelihatan lebih segar, lembut dan lembab. Untuk kulit kombinasi atau berminyak, toner membantu untuk mengurangkan penampilan pori dan lebihan minyak pada kulit. Bagi kulit normal, kering atau sensitif, toner bertindak untuk mengurangkan kesan kemerahan serta kulit kering bersisik.
Apakah fungsi toner?
1. Memberikan bahan penting kepada kulit
2. Menambah lembapan kepada kulit
3. Membantu memberi pembersihan tambahan kepada kulit wajah
Perkara yang perlu dipertimbangkan ketika pemilihan toner
- Jenis kulit
Sekiranya anda mempunyai kulit kering, pilih toner yang mempunyai banyak bahan yang membantu menambah lembapan pada kulit. Sekiranya kulit anda lebih berminyak, cari formulasi bahan yang lebih ringan.
- Bahan formulasi yang baik seperti
- Antioksida
- Bahan menenangkan kulit
- Bahan yang menggantikan nutrien yang hilang (skin-replenishing)
- Hyaluronic acid
- Ceramide
- Gliserin
- Panthenol
- Sea whip
- Willow herb
- Bahan untuk dielakkan
- Alkohol SD
- Menthol
- Witch hazel
- Pewangi
- Pati minyak (essential oil) yang menjadikan kulit sensitif
Bahan yang ini akan menyebabkan kulit menjadi kering serta menganggu keseimbangan kulit
Bagaimana serta bila penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit wajah?
Gunakan toner setelah membersihkan dan menanggalkan solekan. Toner memberikan lapisan asas yang sihat sebelum anda menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang lain.
Apakah bahan yang perlu dielakkan dalam toner?
Kami berbesar hati sekiranya semua syarikat pengeluar kosmetik menawarkan toner dengan formulasi yang terbaik, namun ianya bukanlah perkara realiti dalam dunia penjagaan kulit wajah. Terdapat banyak jenama yang secara berterusan menawarkan toner yang bersifat astringen dan memedihkan pada kulit, dipenuhi dengan bahan serta kombinasi yang tidak efektif kepada kulit.
Elakkan toner yang mengandungi Alkohol mengeringkan, Menthol, Witch Hazel serta bahan yang menganggu keadaan kulit. Bahan ini menarik semula segala kelembapan yang terhasil secara semula jadi kepada kulit yang mengekalkan kulit menjadi sihat.
Toner yang diformulasikan secara khas untuk kulit berminyak atau kombinasi kebiasaanya mempunyai bahan yang mengakibatkan kulit menjadi lebih teruk. Walaupun toner bagi kulit berminyak ini mempunyai reputasi yang tidak baik, toner bagi kulit normal serta kering juga tidak kurang baiknya. Ianya kurang mengandungi bahan yang bermasalah, namum masih diformulasikan dengan bahan pewangi, Witch Hazel atau formulasi yang tidak efektif.
Elakkan toner yang mengandungi pewangi seperti air mawar, sitrus atau minyak pati (Essential Oil). Toner jenis ini kebiasaannya dilabelkan sebagai penyegar. Ianya hanyalah cologne untuk kulit wajah dan tidak lebih dari itu. Toner yang berpewangi kebiasaanya merupakan punca reaksi kulit menjadi sensitif.
Elakkan pengguaan toner yang tidak efektif. Walaupun toner ini tidak memberikan kesan buruk kepada kulit, namun ianya juga tidak mendatangkan sebarang kebaikan serta faedah kepada kulit. Banyak toner yang kekurangan bahan melembabkan dalam formulasi. Sebagai mana yang anda ketahui, toner terbaik mengandungi variasi bahan yang memberi manfaat kepada kulit.
Ingat: Toner yang tidak baik menjadikan kulit tidak sihat, toner yang baik akan memberi manfaat tambahan kepada kulit.
Toner yang terbaik untuk jenis kulit
Walaupun setiap toner daripada Paula’s Choice Skincare mengandungi pelbagai jenis bahan terbaik yang memberi manfaat kepada kulit, setiap dari satunya mempunyai perbezaan bagi setiap jenis kulit dan isu yang berbeza.
Toner untuk kulit kering dan normal
RESIST Advanced Replenishing Toner - mempunyai tekstur bersusu dan sesuai untuk individu yang mempunyai masalah garis halus dan tanda penuaan
SKIN RECOVERY Enriched Calming Toner - formulasi memlembabkan direka untuk membantu melembabkan kulit, mengurangkan kesan sensitif dan menjadikan kulit lembut.
Toners untuk kulit kombinasi dan berminyak
RESIST Weightless Advanced Repairing Toner - sesuai untuk membantu melawan garis halus, kedutan dan kesan cela selepas jerawat. Toner ini juga membantu memperbaiki tona dan tekstur kulit dan mengurangkan penampilan pori besaris
SKIN BALANCING Pore-Reducing Toner - membantu mengurangkan penampilan pori yang besar dan membantu menambah bahan terbaik supaya kulit kelihatan segar dan awet muda.
Toner untuk semua jenis kulit
Earth Sourced Purely Natural Refreshing Toner - mempunyai tekstur unik seperti gel cecair yang sesuai digunakan untuk kesemua jenis kulit untuk memberikan manfaat antioksida dengan bahan-bahan semulajadi.
Dapatkan Toner di sini.
Rujukan- Journal of the American Academy of Dermatology, May 2015, issue 5, page 28; July 2014, pages 177-184; and November 2012, issue 5, pages 1,013-1,024
- Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 229-233 and Volume 17, Supplemental, 2004, pages 49-56
- Biochimica et Biophysica Acta, May 2012, pages 1,410-1,419
- Experimental Dermatology, October 2009, pages 821-832
- British Journal of Dermatology, September 2008, pages 567-577
Leave a comment