Kelebihan Penggunaan Retinol Dan Niacinamide

“Adakah Niacinamide dan Retinol boleh digunakan dalam rutin yang sama?”

Berikut adalah persoalan yang kerap diajukan kepada kami. Jawapan kami? Ya, Retinol dan Niacinamide boleh digunakan bersama-sama. Malah, gabungan ini juga akan membuatkan kulit menunjukkan keputusan bagus dengan lebih pantas. Ramai ahli dermatologi menyarankan gabungan penggunaannya oleh kerana Niacinamide dapat merawat rengsa kulit sementara Retinol menjalankan tugas melawan kedutan serta garis halus. Kajian menunjukkan bahawa dua bahan ini bekerja dalam cara yang berbeza, serta menyokong satu sama lain untuk memperlahankan tanda-tanda penuaan. Gabungan kedua-dua bahan ini juga menyelesaikan isu-isu lain seperti pori-pori terbuka dan tona kulit tidak sekata.

Manfaat Penggunaan Retinol Dan Niacinamide

Sementara kedua-duanya adalah bahan hebat ini berfungsi dengan baik secara sendirinya, penggunaan kedua-duanya sekali menawarkan faedah unik kerana cara Niacinamide menguatkan lapisan penghalang kulit (skin barrier), serta menenangkan kulit dalam masa yang sama. Ini dapat membantu kulit untuk menerima manfaat Retinol tanpa kesan rengsa.

Niacinamide juga dapat membantu penghasilan Ceramide dan asid lemak (fatty acid) semulajadi dalam kulit, dan seterusnya memperkukuhkan kemampuan Retinol untuk membuatkan kulit menjadi lebih baik. Setiap bahan bio-aktif berfungsi dalam cara yang berbeza untuk membantu fungsi pori yang akan membantu aktiviti pengawalan minyak dan mengurangkan pori-pori besar.

Kedua-dua bahan ini juga berfungsi untuk meneutralkan kesan  kerosakan dari persekitaran semulajadi yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit. Apabila kerosakan ini dapat dineutralkan, setiap bahan dapat berfungsi dengan lebih efektif. Retinol dan Niacinamide kedua-duanya mampu membantu mencerahkan kulit dengan menggunakan menambah baik tona kulit tidak sekata—menjelaskan sebab yang lebih kukuh untuk menggunakan dua-dua bahan ini dalam rutin yang sama!

Dengan kata lain, penggunaan bahan-bahan ini dapat menyokong dan mengukuhkan faedah-faedah yang diberikan sesama sendiri.

Aturan Penggunaan Niacinamide dan Retinol

Mulakan dengan wajah yang kering dan bersih (jika anda menggunakan toner atau/dan pengelupas (exfoliant), lengkapkan langkah tersebut terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan dua bahan ini secara berasingan atau dalam satu formula gabungan, seperti Niacinamide dan krim Retinol. Bereksperimentasi, untuk melihat dan memastikan kesesuaian kulit anda.

Jika anda melapiskan dua bahan yang berbeza, sapukan dahulu produk yang bertekstur ringan atau nipis.

Tidak perlu untuk menunggu sela masa antara dua bahan berkenaan. Bahan-bahan tersebut bercampur sesama sendiri dan tidak akan menyahaktif satu sama lain.

Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan tersebut sama ada semasa rutin siang atau malam—dan haruslah diikuti dengan pemakaian pelindung matahari berspektrum luas.

Kombinasi ini berkesan untuk kebanyakan individu, namun, sekiranya anda mendapati bahawa kulit anda menunjukkan tanda kemerahan, mengelupas atau merasa tidak selesa—anda boleh mengurangkan kekerapan penggunaan . Sebagai contoh, 1% Retinol merupakan konsentrasi Retinol tertinggi di pasaran, jadi jika anda baru sahaja memulakan penggunaan, mulakan dengan kekuatan yang sederhana, kira-kira 0.1 sehingga 0.5% (kemungkinan yang terjadi adalah jika peratusan bahan tidak dinyatakan di botol produk,  kekuatan yang terkandung adalah antara sederhana dan tinggi). Jika reaksi kulit anda berterusan, kombinasi ini mungkin tidak sesuai untuk anda, dan anda mungkin ingin bereksperimentasi dengan menggilirkan penggunaan bahan-bahan tersebut secara berasingan, dalam rutin penjagaan wajah pada hari yang berbeza.

Dapatkan produk berasaskan Niacinamide.

Dapatkan produk berasaskan Retinol. 

Rujukan

1. International Journal of Cosmetic Science, February 2021, pages 102–106
2. Journal of Drugs in Dermatology, July 2016, pages 863-868
3. Cosmeceuticals and Cosmetic Practice, 2014 pages 103-112
4. International Journal of Cosmetic Science, 2004, pages 231-238
5. Journal of Drugs in Dermatology, 2003, pages 435-441
6. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, 2010, pages 22-41
7. Clinical Interventions in Aging, 2006, pages 327-348

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.