Jenis Pencuci Muka untuk Kulit Wajah

Langkah pertama dan terpenting dalam rutin penjagaan kulit wajah adalah mencuci muka. Kepelbagaian jenis pencuci muka di pasaran menyebabkan proses pemilihan produk pencuci wajah yang sesuai menjadi sukar dan mengelirukan.

Sama ada pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi, kulit berjerawat atau kulit sensitif— informasi yang akan kami kongsikan akan memudahkan anda untuk memilih jenis pencuci muka yang sesuai untuk kulit.

Perkara utama bagi pemilihan pencuci muka adalah ianya harus lembut. Pencuci muka yang baik menanggalkan kotoran serta lebihan minyak tanpa mengeringkan kulit setelah dibilas. Perkara seterusnya yang perlu diambil perhatian adalah mengenai kandungan pencuci tersebut. Elakkan produk pencuci wajah yang mengandungi alkohol, bahan pewangi dan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif. 

Pencuci muka gel (Gel Cleanser
Pencuci muka bersifat gel membersihkan wajah dan dalam masa yang sama mampu untuk melembabkan kulit. Kebanyakan gel cleanser mampu menanggalkan solekan tipis dan maskara biasa.

Jenis kulit: Sesuai untuk kulit jenis normal, kombinasi dan berminyak; kulit berjerawat dan kulit sensitif.

Pilihan Paula’s Choice Skincare: CLEAR Pore Normalizing CleanserCALM Redness Relief Cleanser for Normal to Oily SkinHYDRALIGHT One Step Face CleanserPC4MEN WashEARTH SOURCED Perfectly Natural Cleansing Gel
 

Pencuci Muka Berbuih Foaming Cleansers (Cream-to-Foam & Liquid-to-Foam)

Pencuci muka berbuih sesuai untuk menanggalkan solekan yang agak tebal. Walaupun pencuci tidak perlu berbuih untuk membersihkan kulit namun ramai individu lebih memilih pencuci muka jenis ini. Pencuci muka jenis berbuih membersihkan kulit wajah dengan lebih menyeluruh, dan membuatkan kulit terasa lembut dan licin. 

Jenis kulit: Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur-- kulit kombinasi, berminyak dan kulit yang mudah berjerawat

Pilihan Paula’s Choice Skincare : SKIN BALANCING Oil-Reducing Cleanser, RESIST Perfectly Balanced Foaming Cleanser.

 Pencuci jenis Krim Bilas dan Pencuci Muka Losyen (Water-Rinseable Cream & Lotion Cleansers)

Tekstur produk yang berkrim dan ini akan melembabkan kulit setelah dibilas. Pencuci muka jenis ini boleh menanggalkan solekan tipis namun anda digalakkan untuk menggunakan penanggal solekan berasingan sekiranya solekan yang digunakan agak tebal.

Jenis kulit: Sesuai digunakan untuk individu berkulit kering ke normal, kulit sensitif dan kulit yang mudah mengalami kemerahan. Formula jenis ini akan menggantikan lipid yang hilang semasa proses mencuci kulit wajah. Lipid merupakan komponen penting untuk memastikan kulit kelihatan sihat.

Pilihan Paula’s Choice Skincare: RESIST Optimal Results Hydrating CleanserSKIN RECOVERY Softening Cream Cleanser; CALM Ultra-Gentle Cleanser

Micellar Water, Cleansing Water dan Penanggal Solekan Jenis Cecair 

Penggunaan pembersih wajah jenis ini digunakan untuk menanggalkan solekan sebelum mencuci wajah. Micellar water dan cleansing water merupakan penanggal solekan yang berasaskan surfactant. Walaupun kebanyakan penanggal solekan dalam bentuk cecair tidak perlu dibilas namun pilihan yang terbaik adalah dengan membilas. Penanggan solekan jenis cecair  mengandungi cleansing agent. Walaupun agen pembersihan untuk produk ini adalah lembut namun elakkan bahan ini dibiarkan pada kulit dalam tempoh yang lama.

Penanggal solekan dual-phase (perlu digoncang sebelum penggunaan) juga terdapat di pasaran. Penanggal solekan dual-phase ini bertindak dengan baik untuk menanggalkan solekan tebal tanpa mengandungi surfaktan (agen bahan kimia yang bertindak untuk mengurangkan ketegangan permukaan dengan mematahkan ikatan hydrogen pada permukaan). Produk ini juga tidak akan meninggalkan kesan berminyak dan tidak perlu dibilas.

Jenis Kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan pencuci wajah untuk memastikan kesemua sisa solekan ditanggalkan dengan sempurna.

Pilihan Paula’s Choice Skincare: GENTLE TOUCH Makeup Remover.

Cleansing Balms, Cold Creams, dan No-Rinse Cream Cleansers

Pembersih muka jenis krim dan balm bersifat tebal dan bersifat melembabkan kulit. Penggunaan pembersih muka jenis ini sesuai digunakan setelah selesai membersihkan wajah dengan menggunakan washcloth. Nota: Elakkan penggunaan tisu untuk menanggalkan pencuci muka. Tisu bersifat kasar dan boleh mengakibatkan kulit ditarik kasar ketika pembersihan.

Jenis Kulit: Kulit normal, kulit kering dan kulit yang mengalami eczema. Pencuci jenis balm bersifat berat dan tidak sesuai untuk kulit berminyak dan kulit yang mudah berjerawat.

Cleansing Oil

Cleansing oil digunakan pada langkah pertama membersihkan wajah sebelum menggunakan pencuci wajah yang menggunakan gel, buih atau losyen. Cleansing oil bersifat sedikit ringan berbanding balm namun masih memberikan hasil yang sama membersihkan solekan dengan sempurna. Cleansing oil sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan nipis dan tebal. 

Jenis Kulit: Kesemua jenis kulit- kering, normal, berminyak sesuai untuk menggunakan cleansing oil untuk proses double cleansing.

Pilihan Paula’s Choice Skincare: Perfect Cleansing Oil

 

Penggunaan cleansing wipes sesuai untuk individu yang ingin membersihkan wajah dengan cepat-- tanpa perlu ke sinki. Sesuai digunakan ketika beraktiviti seperti di gym, berkemah, atau letakkan di sebelah meja tepi katil untuk memudahkan proses menanggalkan solekan sebelum tidur. Wipes bagus digunakan sekiranya material yang digunakan adalah lembut dan tidak meninggalkan kesan lekit pada kulit. Wipes atau cleansing cloth, merupakan cara mudah dan cepat untuk membersihkan muka namun anda harus berhati-hati ketika melakukan proses ini. Elakkan mengelap muka secara kasar-- ia akan menggalakkan kulit menjadi kendur.

Jenis Kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit

Paula’s Choice Skincare option: Gentle Cleansing Cloths

Sabun dan Sabun Buku  (Bar Cleansers)

Sabun dan sabun buku adalah pembersih yang perlu dielakkan oleh semua individu tidak kira jenis kulit. Walaupun tidak diragukan lagi bahawa sabun buku boleh membersihkan kulit, namun ianya bersifat kasar pada kulit. Sabun buku menanggalkan kotoran, serta kesemua minyak yang diperlukan untuk kulit kelihatan segar dan sihat. Penggunaan sabun buku akan menyebabkan kulit terasa kering dan tegang. Sesetengah sabun buku seperti Dove Beauty Bar tidak akan mengeringkan kulit namun bahan yang melembabkan kulit dalam sabun tersebut akan menyebabkan pori menjadi tersumbat. 

Jenis kulit: Tidak ada.

Cadangan produk Paula’s Choice Skincare:  Tidak ada. Kami tidak menggalakkan pencuci muka jenis sabun buku. Terdapat banyak pilihan pencuci muka larut air dan penanggal solekan pelbagai tekstur yang cukup efektif dan lembut kepada semua jenis kulit yang mampu bertindak efektif dan bagus untuk kulit.

Dapatkan pilihan pencuci muka di sini.

Rujukan 

  1. Indian Journal of Dermatology, September-October 2014, pages 442–444
  2. Dermatology Research and Practice, August 2012, ePublication
  3. Dermatologic Therapy, volume 17, supplement 1, 2004 pages 16–34
  4. Journal of the Society of Cosmetic Chemists, volume 48, 1997, pages 219–234
  5. Ostomy Wound Management, Supplement, March 1998, pages 62S–70S

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.