Glycolic Acid Untuk Kulit - Paula's Choice Malaysia

Glycolic Acid Untuk Kulit

Kulit yang terdedah kepada kerosakan, serta kulit yang mengalami penuaan mempunyai kemampuan untuk memperbaharui sel yang kurang. Hal ini seterusnya menjadikan kulit mati terkumpul pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan kusam. Penggunaan exfoliant tanpa bilas seperti glycolic acid mampu menjadikan kulit kekal muda, segar dan berseri.


Terdapat banyak jenis AHA seperti lactic acid, malic acid, citric acid serta tartaric acid. Namun, glycolic acid merupakan salah satu AHA yang mempunyai sejarah kajian yang paling lama dan terbukti keberkesanannya.

Manfaat Glycolic Acid

Penggunaan exfoliant yang mengandungi glycolic acid menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit yang lebih sekata. Seperti AHA yang lain, AHA membantu untuk meningkatkan kadar penukaran sel pada lapisan atas kulit.

Proses exfoliant ini membantu pelbagai jenis kulit seperti kerosakan kulit akibat daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari, tona kulit tidak sekata, kulit kasar, tompok kulit kering, garis halus dan kedutan. Pada konsentrasi yang tinggi, glycolic acid mampu memperbaiki kedutan kulit.

Kajian turut menyatakan bahawa glycolic acid membantu mempertingkatkan kadar kelembapan kulit. Glycolic acid membantu kulit untuk menghasilkan mucopolysaccharides, yang membantu kulit kekal lembab dengan mempertingkatkan kandungan semulajadi hyaluronic acid di dalam kulit—seterusnya mempertingkatkan ketahanan kulit.

Antara perkara yang menarik mengenai glycolic acid adalah kajian baru menyatakan bahawa bahan ini mampu melindungi kulit daripada kerosakan UV (tambahan daripada kemampuan bahan ini untuk mengurangkan kesan kerosakan UV). Walaupun lebih banyak kajian yang diperlukan mengenai kesan ini, ianya tetap tidak boleh menggantikan fungsi pelindung matahari. Namun begitu, ianya juga penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan produk AHA mempunyai peringatan mengenai pendedahan kulit kepada cahaya matahari tanpa perlindungan. Hal ini kerana sifat AHA yang membuang lapisan kulit mati menjadikan kulit lebih terdedah kepada kerosakan cahaya matahari sekiranya ianya terdedah tanpa sebarang perlindungan.

Glycolic acid boleh didapati secara semulajadi di dalam tebu, namun bahan ini lebih efektif apabila disentesiskan di dalam makmal—keberkesanan serta konsentrasi glycolic acid lebih mudah dikawal bagi pembuatan produk penjagaan kulit wajah. Penggunaan tumbuhan bergula seperti maple, tebu bagi kandungan glycolic acid merupakan salah satu pilihan, namun, banyak kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti manfaat bahan ini dilakukan pada jenis sintetik. Hal ini kerana glycolic acid yang dihasilkan secara sintetik ini boleh dioptimumkan dari segi keefektifan, kestabilan serta pH—dan perkara ini adalah penting bagi mendapatkan formulasi yang efektif bagi produk glycolic acid.


Bahan exfoliant berkonsentrasi tinggi mampu mengurangkan tanda penuaan kepada kulit serta melawan tanda kerosakan kulit akibat cahaya matahari bagi kulit yang berseri dan awet muda dengan hanya penggunaan sekali.

Adakah Glycolic Acid Sesuai Untuk Saya?

Apabila memilih produk exfoliant tanpa bilas, ianya penting untuk anda mengetahui perbezaan di antara glycolic acid, dan salicylic acid (BHA). Apakah perbezaan bagi kedua-dua bahan ini?

Walaupun terdapat beberapa manfaat yang sama bagi kedua-dua bahan ini dari segi kemampuannya untuk meningkatkan penampilan kulit yang kusam, melembabkan kulit dan mengurangkan tanda penuaan, terdapat dua perbezaan utama bagi dua asid ini.

Glycolic acid adalah bahan larut air yang membuang lapisan kulit mati pada permukaan kulit (salicylic acid juga melakukan perkara yang sama). Salicylic acid pula adalah bahan larut minyak yang meresap masuk ke dalam pori. Hal ini menjadikan salicylic acid merupakan bahan terbaik bagi kulit yang mudah mengalami pori tersumbat, whitehead, blackhead dan kulit berminyak. BHA mempunyai manfaat meredakan kulit yang mudah mengalami tanda kemerah-merahan oleh kerana sifatnya yang anti-keradangan. Kedua-dua ciri serta manfaat ini membolehkan anda untuk memilih jenis exfoliant tanpa bilas yang sesuai untuk kulit anda.

Masih tidak boleh membuat keputusan? Ianya tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin menggunakan kedua-duanya. Anda boleh gunakan dalam satu rutin yang sama, atau gilirkan penggunaanya dalam rutin pagi dan malam, atau dari hari ke hari—terpulang kepada pilihan peribadi anda!

Exfoliant Glycolic Acid

Walaupun glycolic acid merupakan AHA yang telah lama memberikan manfaat yang baik kepada kulit, tidak semua glycolic acid diformulasikan secara sama. Formulasi memberikan peranan yang penting supaya kulit anda dapat mengambil manfaat terbaik daripada bahan ini.

Glycolic acid perlu diformulasikan pada julat pH 3-4 yang dianggap optimal bagi proses membuang lapisan kulit mati. Konsentrasi juga merupakan bahan yang penting. Konsentrasi di antara 5% dan 10% adalah ideal. Terdapat juga konsentrasi yang lebih tinggi bagi rawatan yang lebih kuat, namun, kebiasannya ianya dalam bentuk exfoliant yang perlu dibilas.

Glycolic acid boleh digunakan untuk kesemua jenis kulit untuk mengembalikan keadaan kulit yang berseri, cerah, lembut, anjal serta awet muda!

Sekiranya anda mencari bahan yang kuat bagi melawan kesan kedutan yang dalam, kulit kusam, tanda penuaan serta kerosakan cahaya matahari yang degil—anda boleh menggunakan serum glycolic acid yang mempunyai tekstur yang ringan supaya ianya boleh dipakai dengan produk penjagaan kulit yang lain tanpa rasa lekit, ataupun menggelupas.

Glycolic acid tidak hanya bagus bagi kulit wajah. Losyen badan tanpa pewangi yang mengandungi glycolic acid juga sesuai untuk dipakai untuk mendapatkan kulit yang licin serta lembut secara menyeluruh. Penggunaan glycolic acid dalam bentuk krim dalam rutin harian dapat menjadikan kulit kelihatan lembut pada kawasan lengan, kaki, siku dan lutut.

Dapatkan produk glycolic acid di sini.

Rujukan

  1. International Journal of Cosmetic Science, April 2021, pages 1–13
  2. Molecules, April 2018, 23(4), ePublication
  3. DNA Cell Biology, February 2017, pages 177-187
  4. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, October 2015, pages 21-26
  5. BioMed Research International, 2015, Volume 2015
  6. Dermatology Research and Practice, February 2015, Volume 2015 

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.