Fakta Mengenai Skrub Wajah

Ramai individu  menggunakan skrub wajah sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian mereka. Kami bukan penggemar skrub kerana satu sebab yang jelas: kebanyakan skrub terlalu kasar pada kulit (dan kami telah menilai ratusan skrub daripada sejak 30+ tahun yang lalu). Tetapi kami selalu mengatakan bahawa skrub yang lembut digunakan dengan lembut (ya, terlalu menggosok muka dengan kuat juga salah satu perkara!) boleh menjadi pilihan yang baik sebagai langkah pembersihan tambahan untuk semua jenis kulit.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya skrub adalah lembut?

Membaca label bahan sahaja bukan kaedah yang paling dipercayai untuk menentukan kelembutan scrub. Walaupun bahannya mungkin kedengaran lembut, saiz zarah, bentuk — bulat adalah yang terbaik— dan kualiti potongan atau seberapa halus penggilingan juga menjadi faktor.

Cuba uji skrub tersebut dan gosok pada bahagian belakang tangan anda - jika terasa sedikit calar, JANGAN gunakan pada wajah anda (atau badan anda). Pendekatan lain adalah untuk bergantung pada jenama yang anda percayai untuk hanya menawarkan produk yang diformulasikan dengan baik (itulah misi kami di Paula's Choice Skincare!).

Sekarang mari kita lihat beberapa mitos yang paling biasa mengenai skrub wajah. Anda akan segera mengetahui fakta mengenai jenis skrub terbaik untuk digunakan, skrub mana yang harus dielakkan, dan bila harus menggunakan skrub dalam rutin anda.

Mitos: Semua skrub wajah merosakkan kulit, walaupun anda berhati – hati.

Fakta: Semua jenis skrub yang mengandungi zarah-zarah yang besar dan tidak teratur akan merosakkan kulit dengan menyebabkan koyakan mikro pada permukaannya. Pelakunya yang biasa termasuklah kulit keras yang dihancurkan, biji buah – buahan, atau batu gunung berapi. Koyakan mikro secara beransur-ansur melemahkan pertahanan kulit, menjadikan kulit lebih mudah kering, tompok – tompokan kering, kemerahan, dan tanda-tanda sensitiviti. Dengan penggunaan harian, terutamanya jika anda bersungguh-sungguh menggosok bahan-bahan ini pada kulit, kulit akan hilang keupayaannya untuk dipulihkan dengan sendirinya dan kelihatan sihat.

Masalah ini bertambah buruk jika skrub yang kasar juga mengandungi wangian yang merengsa, sama ada semula jadi atau sintetik.

Walaupun jumlahnya sedikit dan jauh, anda boleh menggunakan scrub wajah yang lembut tanpa wangian sekali atau dua kali sehari tanpa perlu risau menyakiti kulit anda.

Mitos: Anda boleh menghilangkan blackhead dengan skrub.

Fakta: Kalaulah semudah itu! Blackhead yang terbentuk jauh dalam liang pori, jauh di dalam yang mana tiada skrub wajah mampu capai. Skrub wajah untuk blackhead mungkin dapat menghilangkan bahagian atasnya yang kelihatan, tetapi ia akan kembali dalam masa yang singkat. Bayangkan seperti menggunakan mesin pemotong rumput untuk menghilangkan rumput. Mesin pemotong memotong bahagian atas rumput, menjadikannya kurang ketara, tetapi tidak sampai ke akarnya, yang mana dilakukan oleh pengelupas BHA tanpa perlu bilas dengan berkesan.

Sebab lain skrub blackhead tidak berfungsi dengan baik, atau sama sekali: bintik hitam pada pembukaan liang pori anda tidak disebabkan oleh kulit kotor dan memerlukan pembersihan mendalam. Warna hitam yang terhasil dan kelihatan adalah hasil daripada campuran minyak dan kulit mati yang teroksida setelah ia sampai ke permukaan.

Mitos: Skrub boleh menghilangkan jerawat.

Fakta: Sama seperti blackhead, anda tidak dapat menghilangkan jerawat menggunakan skrub. Merawat jerawat memerlukan lebih daripada satu produk dan menggunakan scrub yang kasar pada jerawat yang aktif cenderung menyebabkan lebih banyak kemerahan dan iritasi, sambil tidak melakukan apa – apa untuk membersihkan kulit anda.

 

 

Skrub lembut yang digunakan dengan tekanan minimum boleh menjadi sebahagian daripada rutin anti-jerawat dengan memberikan pembersihan tambahan, tetapi anda tetap ingin menggunakan produk pencegah jerawat yang terbukti untuk mengatasi masalah ini.

Mitos: Skrub wajah semula jadi adalah terbaik.

Fakta: Sebilangan besar bahan semula jadi yang digunakan untuk merumus skrub sangat teruk untuk kulit. Contohnya, garam, kacang, dan biji buah, semuanya semula jadi tetapi masing-masing terlalu kasar pada kulit. Sebaliknya, beberapa bahan semula jadi seperti manik Jojoba, Oatmeal, silica, dan Dedak Padi boleh jadi sangat lembut dan berkesan. Tetapi walaupun begitu, ia berbalik kepada formula skrub tersebut secara keseluruhan, termasuk seberapa halus zarah skrub, sama ada ia diformulasikan untuk larut semasa digunakan untuk mengelakkan gosokan yang berlebihan, dan sama ada formula itu juga mengandungi bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan.

Semasa mengformulasi The UnScrub, kami memilih pendekatan manik yang semula jadi dan larut. Matlamat kami - mereka scrub wajah paling lembut di dunia yang memberikan semua manfaat scrub konvensional, tanpa risiko bertindak kasar pada kulit. Manik-manik Jojoba bulat sempurna ini direka khas untuk membersihkan permukaan kulit tanpa menggaru atau terkoyak, namun masih berfungsi untuk membersih dengan mendalam dan menghilangkan sisa pelindung matahari dan solekan tebal.

Mitos: Jika skrub itu merengsa, bermakna ia membersih dengan mendalam.

Fakta: Sesetengah skrub wajah mengandungi bahan seperti Menthol, Pudina, dan Kayu Putih yang merengsakan kulit ketika bersentuhan dan meninggalkan sensasi sejuk selepas dibilas. Jangan tersalah anggap sensasi ini untuk pembersihan liang pori yang mendalam! Kerengsaan itu adalah tanda kulit anda yang memberitahu ianya teriritasi, jadi selalu elakkan skrub sebegini.

Bila dan bagaimanakah anda patut menggunakan skrub wajah?

Tidak kira apa jenis kulit anda, anda boleh menggunakan scrub lembut sekali atau dua kali sehari atau sekiranya perlu, berdasarkan pilihan peribadi. Pada siang hari, anda boleh menggunakannya sebagai satu – satunya pembersih muka anda; pada waktu malam, anda boleh menggunakannya sebagai sebahagian pembersihan berganda, sebelum atau selepas pembersih tradisional kegemaran anda. Setelah membilas dan mengeringkan kulit anda dengan tuala, sambung dengan rutin penjagaan kulit anda yang lain.

Bagaimana skrub wajah berbeza dengan pengelupas tanpa bilas? (Leave on exfoliant)

Skrub dan pengelupas AHA atau BHA mempunyai manfaat yang sama sekali berbeza dan berfungsi dengan cara yang sangat berlainan. Skrub hanya menghaluskan permukaan kulit, ia tidak dapat menghilangkan lapisan tebal kulit mati yang terbentuk akibat kerosakan disebabkan cahaya matahari atau lapisan pori yang tidak berfungsi dengan baik. Skrub juga tidak dapat mengurangkan benjolan putih atau sebarang cela seperti bekas pengelupasan.

AHA dan BHA dapat mencapai semua lapisan mati, membantu kulit kelihatan lebih muda, dan menghidrat di luar permukaan. Selain itu, BHA dapat mengelupas secara langsung di dalam liang dan memperbaiki bagaimana liang pori berfungsi - tidak ada skrub yang dapat melakukannya.

Adakah anda patut gunakan skrub wajah dan pengelupas?

Ini sangat baik untuk dilakukan, terutamanya jika anda menyukai rasa yang lebih bersih (tetapi tidak tegang atau kering) yang mana skrub yang diformulasi dengan baik bekalkan. Ingat, skrub wajah adalah berkenaan manfaat pembersihan tambahan dan melembutkan. Ianya tidak berfungsi seperti seperti pengelupas AHA atau BHA; sebaliknya, manfaat mereka saling melengkapi.

Dapatkan skrub wajah terlembut di sini.

Dapatkan produk AHA di sini.

Dapatkan produk BHA di sini.

Rujukan

  1. Clinics in Dermatology, May-June 2012, pages 335–344
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, September 2011, pages 22-42
  3. Bulletin of National Institute of Health Sciences, volume 129, 2011, pages 93–99
  4. Yonsei Medical Journal, June 2006, pages 293–306

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.