Fakta Mengenai Krim Anti-Kedut

Fakta Mengenai Krim Anti-Kedut

Setiap individu menginginkan kulit yang licin, lembut serta awet selama yang mungkin, oleh itu tidak hairanlah krim anti-penuaan serta anti-kedut ini merupakan industri perniagaan yang besar. Setiap produk anti kedut di pasaran menyatakan manfaat yang sama, namun, sebanyak manakah kebenaran bagi setiap produk yang dikeluarkan? Kami di Paula’s Choice Skincare telah melakukan analisis produk lebih daripada 30 tahun, dan inilah kebenarannya: Kebenaran tidak hanya bersandar kepada kenyataan produk, namun mengenai bahan serta formulasi sesebuah produk secara keseluruhan.

Bagaimanakan Untuk Mencari Krim Anti Kedut Yang Berfungsi?

Tidak kira harga, kenyataan produk atau lokasi sesebuah produk itu dijual-- terdapat beberapa faktor penting untuk krim anti-kedutan untuk menjadi efektif. Berikut merupakan bahan yang menjadikan krim anti-kedut ini bertindak efektif:

Bahan penambahan kulit (Skin-replenishing ingredient)
Kumpulan bahan yang melibatkan Ceramide, Hyaluronic Acid, dan Omega Fatty Acid. Bahan ini mencergaskan semula kulit dan menyimpan ke dalam kulit. Hasilnya adalah kulit yang lembut, halus dan anjal.

Bahan pemulih kulit (Skin-restoring ingredient)
Bahan seperti Retinol, Niacinamide, dan Peptide. Bahan ini membantu “mengajar” kulit untuk memperbaiki keadaan kulit supaya bertindak lebih optimum, seperti fungsi asal ketika muda.

Antioksida
Antioksida merupakan bahan terpenting dalam produk penjagaan kulit anti kedutan serta penuaan. Bahan ini melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada persekitaran yang melemahkan pertahanan kulit.

Kulit menghasikan bahan penambahbaikan kulit dan bahan pemulih kulit serta antioksida secara semulajadi. Namun begitu, faktor usia, pendedahan kepada cahaya mataharai akan menjadi berkurangan, oleh itu ianya adalah penting untuk mencari produk yang membantu menambah nutrien yang diperlukan kulit supaya kelihatan kekal awet muda dan sihat.

Apakah Perkara Lain Yang Perlu Diketahui Apabila Mencari Produk Anti Kedutan?

Sekiranya ia dilabelkan sebagai krim siang, ianya perlu mempunyai SPF. Perlindungan kulit daripada cahaya matahari adalah penting untuk mengekalkan kulit yang awet muda dan sihat. Hal ini adalah pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan mempercepatkan proses anti-penuaan kepada kulit.



Pempakejan yang stabil. Walaupun krim anti-kedutan mempunyai pelbagai bahan bermanfaat, sekiranya tidak dibantu dengan pemilihan bekas yang sesuai, bahan dalam produk akan hilang keefektifanny dari semasa ke semasa. Hal ini kerana banyak bahan yang tidak stabil apabila di dedahkan dengan udara dan cahaya matahari dengan terlalu kerap. Cari produk yang menggunakan tiub, atau bekas pam anti-udara dan bekas legap yang menghalang pendedahan produk kepada UV,

Formulasi lembut. Pewangi boleh menjadikan keseluruhan formulasi berbau segar dan harum dan SD serta alkohol boleh membuatkan tekstur menjadi ringan dan mudah diserap. Namun, perlu diingatkan bahawa bahan ini mampu untuk mencetus iritasi kepada kulit dan seterusnya menyumbang kepada penuaan pramatang. 

Sekiranya krim anti-penuaan anda menepati setiap ciri yang dinyatakan, bergembiralah! Produk yang anda punyai adalah produk yang bagus dan mampu untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Akhir sekali, ianya adalah penting untuk diketahui bahawa penggunaan produk penjagaan anti-penuaan serta anti kedut akan memberikan manfaat yang terhad kepada kulit. Sekiranya anda mempunyai kedutan yang dalam, serta kulit yang kendur, dermatologis kosmetic boleh menawarkan prosedur yang lebih dramatik dan berkesan pada bahagian yang tidak mampu ditawarkan oleh produk penjagaan kulit wajah. Hal ini juga merupakan faktor ramai individu menggunakan produk anti-kedut serta penuaan yang digabungkan dengan prosedur yang disarankan oleh doktor bagi isu kulit yang lebih degil.

Dapatkan produk anti-kedut dan anti-penuaan di sini.

Rujukan

  1. International Journal of Molecular Medicine, July 2016, pages 16–22
  2. The American Cancer Society, April 2017, ePublication
  3. Current Problems in Dermatology, volume 49, 2016, pages 90–102
  4. Aging Research Reviews, January 2015, pages 8–21
  5. Dermatologic Therapy, May-June 2012, pages 252–259
  6. Current Drug Delivery, November 2011, pages 640–660
  7. Journal of Dermatological Sciences, January 2015, pages 28–36

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.