Fakta Mengenai Alkohol dalam Produk Penjagaan Kulit Wajah

Kajian telah banyak membuktikan bahawa kandungan Alkohol sebagai bahan utama  produk penjagaan kulit wajah boleh menimbulkan masalah pada kulit. Pelbagai maklumat di laman web kurang membincangkan mengenai kandungan alkohol dalam produk penjagaan kulit wajah, menyebabkan ramai individu terlepas pandang mengenai kemudaratan Alkohol pada kulit wajah. 

Ianya bukan perkara yang mudah untuk meyakinkan semua orang mengenai kesan negatif bahan ini, namun kami akan membantu anda mengenai fakta produk yang berasaskan Alkohol (Alcohol-based).

Namun sebelum itu, anda harus mengenal pasti jenis Alkohol yang anda perlu dielakkan.

Alkohol yang Baik vs Alkohol Tidak Baik dalam Formulasi Kosmetik

Apabila kami menyatakan kerisauan mengenai kandungan Alkohol dalam produk penjagaan wajah dan produk solekan, ia merujuk kepada jenis Alkohol yang mengeringkan. Kandungan bahan ini dapat dilihat pada label seperti SD Alcohol, denatured alcohol atau Isopropyl Alcohol. Jenis Alkohol meruap (volatile) ini memberi produk kesan cepat kering (quick-drying), menghilangkan minyak pada kulit wajah dengan cepat, terasa ringan pada kulit. Oleh itu, ianya mudah dianggap sebagai bahan yang sesuai kepada kulit terutamanya kepada jenis kulit muka yang berminyak. 

Namun, kesan baik yang dapat dilihat pada jangka masa pendek akan berakhir dengan kesan jangka buruk pada masa yang akan datang.

Sekiranya kandungan Alkohol yang dinyatakan merupakan enam bahan utama pada label kandungan bahan, ianya tanpa persoalan akan memburukkan keadaan kulit dan kasar pada kulit. Kandungan bahan ini tidak sesuai untuk semua jenis kulit. Kesan seperti mengakibatkan kulit kering, gangguan kepada mikrobiom permukaan kulit (skin microbiome) dan barrier yang seterusnya mendatangkan kesan buruk kepada kulit) dan menghalang pemulihan dan pembaharuan kulit. Alkohol secara ringkasnya akan melemahkan pertahanan kulit.

Terdapat juga jenis Alkohol yang tidak mengakibatkan iritasi dan bermanfaat kepada kulit. Alkohol jenis ini merupakan Fatty Alcohol  atau Alkohol Lelemak dan ianya akan ditulis pada label sebagai Cetyl, Stearyl dan Cetearyl Alcohol.

Penggunaan bahan yang dinyatakan adalah bagus untuk kulit kering. Bahan ini memberikan tekstur yang baik kepada produk dan memastikan bahan dalam sesebuah produk itu stabil. Ianya adalah penting untuk anda mengetahui jenis Alkohol yang baik kepada kulit dan Alkohol yang tidak baik kepada kulit anda.

Anda juga mungkin pernah mendengar bahawa Alkohol merupakan bahan yang bagus kerana ianya membantu penyerapan bahan lain seperti Retinol dan Vitamin C dengan lebih efektif. Walaupun kenyataan tersebut adalah benar, Alkohol pada masa yang sama turut merosakkan permukaan kulit serta merosakkan segala bahan yang mengekalkan kulit menjadi sihat dalam tempoh jangka masa yang panjang. Terdapat alternatif yang lembut dan lebih elok kepada kulit anda. Bahan ini akan merosakkan lapisan luar kulit yang merupakan isu yang lama kelamaan akan menimbulkan banyak masalah kepada kulit anda.

Bagaimana Alkohol Merosakkan Kulit dan Menyebabkan Kulit Breakout

Bagi individu kulit berminyak, penggunaan produk berasaskan Alkohol kedengaran seperti idea yang bagus kerana ianya memberi kesan matte kepada kulit dan menghilangkan kesan berminyak pada kulit wajah anda. Ironi penggunaan bahan berasaskan Alkohol ini yang bertindak kononnya untuk mengawal kulit berminyak adalah dengan kerosakan yang akan mengakibatkan pertumbuhan  bintik naik dan pori yang besar.

Secara ringkas: Alkohol akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak, oleh itu kesan Alkohol yang menghapuskan minyak dengan pantas itu sebenarnya akan meningkatkan lagi pengeluaran minyak pada kulit wajah anda. 

Kesimpulan

Kajian yang dilakukan adalah jelas: Alkohol merosakkan permukaan yang melindungi kulit, menghapuskan bahan penting yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan seterusnya menjadikan kulit berminyak bertambah teruk. Secara ringkasnya, ia bertindak sebagai bahan yang mempercepatkan proses penuaan kulit. Kepelbagaian produk yang mengandungi pelbagai bahan yang baik kepada kulit yang tersedia, ianya pasti tidak sukar untuk mengelak penggunaan bahan yang menggunakan bahan yang merosakkan kulit seperti Alkohol.

Pengecualian penggunaan Alkohol kepada kulit adalah kepada pensanitasi tangan (hand sanitizer). Produk ini memerlukan sekurang-kurangnya 60% kandungan Alkohol (Ethanol) untuk bertindak efektif untuk membunuh kuman dan virus. Penggunaan sabun dan air adalah langkah yang digalakkan sepanjang hari namun ketiadaan akses yang memudahkan kepada langkah ini, penggunaan pensanitasi tangan adalah pilihan yang kedua terbaik. Pendedahan kepada alkohol tidak ideal kepada kulit, namun tidak seperti penjagaan kulit wajah, alkohol pada pensanitasi tangan adalah penting dan bertindak untuk melindungi penyakit.

Dapatkan produk bebas alkohol di sini. 

Rujukan

  1. Journal of Hospital Infection, August 2019, pages 419-424
  2. Journal of Investigative Dermatology, October 2018, pages 2,234-2,243
  3. International Journal of Cosmetic Science, April 2017, pages 188-196
  4. Toxicology and Applied Pharmacology, November 2014, pages 109-117
  5. Drug Design, Development and Therapy, November 2015, pages 6,225-6,233
  6. The Journal of Allergy and Clinical Immunology in Practice, March 2013, pages 195-196
  7. Biochimica et Biophysica Acta, May 2012, pages 1,410-1,419
  8. Experimental Dermatology, October 2009, pages 821-832
  9. Journal of Occupational Medicine and Toxicology, November 2008, ePublication
  10. International Journal of Toxicology, Volume 27, 2008, Supplement pages 1-43

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.