Empat Bahagian Kulit Yang Sering Diabaikan Ketika Pemakaian Pelindung Matahari - Paula's Choice Malaysia

Empat Bahagian Kulit Yang Sering Diabaikan Ketika Pemakaian Pelindung Matahari

Apabila memakai pelindung matahari, kebanyakan dari kita kebiasannya bermula pada bahagian wajah; kerana kulit wajah terdedah dengan cahaya matahari. Lengan dan kaki kebiasaannya mendapat perlindungan SPF juga, dan kadangkala pada bahagian bahu apabila melakukan aktiviti berenang.

Namun, sekiranya anda merancang aktiviti yang mendedahkan diri kepada cahaya matahari, akan ada terdapat kawasan yang anda mungkin terlepas pandang. Berikut merupakan tips pemakaian pelindung matahari yang rata dan sekata untuk memastikan anda mendapat perlindungan penuh daripada cahaya matahari.

Bahagian Kepala

Kajian menunjukkan pemakaian pelindung matahari secara tradisional (bahagian muka, lengan, kaki) tidak memberikan perlindungan sepenuhnya daripada kerosakan cahaya matahari. Apabila berbincang mengenai pemakaian pelindung matahari, anda perlu gunakan daripada atas.

Apakah yang dimaksudkan dengan atas? Ya, bermula daripada kawasan kepala anda. Kulit kepala juga terdedah dengan sinaran cahaya matahari seperti kawasan kulit yang lain-- terutama sekali bagi individu yang tidak mempunyai rambut. Individu yang berambut pendek, rambut yang dicukur atau kawasan pembahagi antara rambut perlu disapu dengan pelindung matahari. Pemakaian pelindung matahari bersifat krim bukanlah pilihan yang tepat, oleh itu, gunakan produk yang bertekstur cair dan ringan. Sekiranya anda memakai hijab, penutup kepala atau topi-- ianya turut membantu!

Bahagian leher 

Sekiranya anda berambut panjang atau memakai kemeja berkolar tinggi, rambut atau kolar anda akan beralih kedudukan. Ianya penting untuk menyapu pelindung matahari pada kawasan ini.

Telinga

Kawasan telinga, terutama sekali pada bahagian atas telinga adalah kawasan yang sering kali diabaikan walaupun anda memakai topi. Hal ini mungkin berkecuali sekiranya anda memakai hijab, atau penutup kepala yang turut menutupi bahagian telinga secara keseluruhan.

Kaki

Untuk bahagian kaki-- bahagian ini adalah bahagian yang paling menyakitkan serta sukar untuk diatasi sekiranya ianya terbakar akibat cahaya matahari. Hal ini kerana kebiasannya kawasan kaki anda perlu dipakaikan stokin serta kasut. Sekiranya anda memakai sandal atau selipar, atau sebarang kasut yang mendedahkan kulit kaki, sapukan pelindung matahari pada bahagian kaki juga!

Sekarang, anda sudah boleh bebas beraktiviti! 

Rujukan

  1. International Journal of Cosmetic Science, August 2017, ePublication
  2. Medicine, July 2017, pages 444–447
  3. British Journal of Dermatology, February 2015, pages 475–483

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.