Ceramide untuk Kulit - Paula's Choice Malaysia

Ceramide untuk Kulit

Apa itu Ceramide?

Ceramide merupakan lipid (lemak) yang dijumpai  secara semula jadi pada lapisan kulit paling atas. Ceramide merupakan kompenan utama dalam komposisi kulit. Kulit mengandungi lebih daripada 50% Ceramide, oleh itu Ceramide mempunyai peranan yang penting untuk menjaga keadaan kulit wajah dan mengawal respon kulit daripada ancaman persekitaran.

Bagaimana ceramide berfungsi?

Analogi kepada fungsi Ceramide ini boleh diibaratkan seperti simen dan batu bata—dan batu bata adalah sel kulit anda. Ceramide membantu untuk mengekalkan sel kulit berada dalam keadaan optimum. Ia akan membentuk lapisan yang melindungi kulit daripada kehilangan lembapan dan melindungi kerosakan kulit akibat daripada pencemaran dan punca persekitaran yang lain. Ceramide juga merupakan bahan anti-penuaan yang paling kuat— ianya lebih kuat berbanding Retinol, Niacinamide dan Peptide yang kesemuanya membantu untuk menyokong sifat kulit supaya menjadi  dinamik. Dua bahan penggalak yang membantu penghasilan Ceramide adalah Phytosphingosine dan Sphingolipids.

Jika kulit menghasilkan ceramide secara semula jadi, mengapa bahan ini diperlukan dalam produk?

Penghasilan Ceramide semula jadi akan berkurangan akibat daripada kerosakan kulit yang berpunca daripada usia atau cahaya matahari. Kekurangan Ceramide dalam kulit wajah akan melemahkan pertahanan kulit anda. 

Pertahanan
kulit yang lemah akan mengakibatkan kulit yang kering, kasar, berkedut, sensitif dan kemerah-merahan. Pengetahuan yang dalam mengenai penjagaan kulit wajah akan membantu untuk menyelamatkan keadaan ini! 


Apakah manfaat Ceramide?

Ceramide yang diformulasikan dalam produk secara sempurna dan dipakejkan secara betul akan membantu barrier kulit dan meningkatan kelembapan kulit. Barrier kulit yang sihat akan memberikan anda mendapatkan kulit yang gebu, licin, anjal serta membantu mengurangkan  garis dan kedut di wajah. Ceramide juga mampu untuk mengurangkan tanda kulit sensitif. 


Apakah yang dimaksudkan dengan “produk yang dipakej secara betul?”

Kebanyakan bahan anti-penuaan yang memberi manfaat kepada kulit bersifat tidak stabil. Bahan anti-penuaan ini akan menjadi kurang efektif sekiranya didedahkan kepada cahaya dan udara—dan itu adalah apa yang akan terjadi setiap kali anda membuka bekas produk. Cari produk ceramide yang di dalam tube atau botol legap dengan pam atau dispenser kedap udara—ianya akan membantu bahan anti penuaan dalam produk anda untuk kekal berfungsi dengan efektif. 


Bagaimana untuk memastikan sesebuah produk itu mengandungi ceramide?

Kebiasannya anda akan melihat perkataan ceramide pada senarai kandungan bahan (Ceramide AP, EOP, NG, NP, or NS). Selain daripada perkataan ini, bahan yang dikenali sebagai Phytosphingosine dan Sphingosine merupakan bahan penggalak ceramide (membantu kulit untuk menghasilkan Ceramide).

Kebanyakan produk kini akan meletakkan label Ceramide pada senarai bahan atau informasi produk kerana keupayaan cemerlang bahan ini!

 

Apakah jenis kulit yang sesuai untuk memakai ceramide?

Ceramide berada di dalam kategori bahan “skin-replenishing” atau “skin identical”. Oleh kerana ceramide terhasil secara semulajadi di dalam kulit, ceramide sesuai dipakai kepada kesemua jenis kulit—tidak kira jenis kulit sensitif, kulit yang mudah tumbuh jerawat dan kulit yang berminyak. Bahan ini juga sesuai untuk dipakai pada kawasan bawah mata, namun pastikan produk tersebut bebas daripada pewangi dan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif.


Apakah bahan lain yang sesuai untuk dipakai bersama ceramide? 

Ceramide akan menjadi lebih efektif apabila digabungkan penggunannya dengan bahan skin replenishing lain seperti asid lelemak (fatty acid), Glycerine dan kolestrol. Campuran lipid adalah ideal untuk membantu menyekatakan tona kulit, tekstur kulit dan membantu kesan kulit sensitif. Namun, tidak ada satu bahan spesifik dapat membantu melawan tanda penuaan, oleh itu pastikan produk yang mengandungi Ceramide turut mempunyai bahan antioksida dan bahan skin-restoring lain seperti Retinol, Niacinamide, Linoleic Acid dan Peptide. 


Bolehkan saya menggabungkan Ceramide dan bahan penjagaan kulit wajah yang lain?

Exfoliant AHA dan BHA boleh digunakan dengan produk Paula’s Choice Skincare yang lain, termasuklah bahan yang mengandungi ceramide; ianya diformulasikan untuk saling membantu. Leave-on exfoliant yang lembut akan membantu keefektifan produk yang mengandungi ceramide untuk berfungsi dengan efektif. Hal ini kerana AHA/BHA akan membantu membuang lapisan kulit mati yang menghalang bahan ini untuk meresap masuk ke dalam kulit anda dan bertindak secara efektif.


Apakah Produk Paula’s Choice Skincare yang mengandungi ceramide?


Suplemen Ceramide 

Ceramide kebiasaanya boleh dijumpai dalam pelbagai sumber makanan terutama sekali tumbuhan, kebiasaannya dikenali sebagai Phytoceramide. Anda boleh mendapatkan vitamin dan suplemen yang berasal daripada gandum, ubi bit dan nasi. Kajian membuktikan bahawa suplemen yang dimakan akan membantu kadar kelembapan kulit. 

Susu, telur dan soya mempunyai jumlah sphingolipids yang banyak. Seperti yang dinyatakan, Sphingolipids (e.g. Sphingosine) membantu kulit untuk menggalakkan penghasilan ceramide.

Walaupun anda boleh mendapatkan ceramide daripada kebanyakan makanan, namun ianya tidak akan mencukupi sekiranya tujuan anda adalah ingin memperbaharui kulit anda. Namun begitu, ianya bukan suplemen yang wajib untuk mengekalkan diet yang sihat. 

Dapatkan produk berasaskan Ceramide.


Rujukan

  1. International Journal of Cosmetic Science, June 2017, pages 284-291
  2. Journal of Drugs in Dermatology, March 2017, pages 243-247
  3. Journal of Cosmetic Dermatology, December 2016, pages 549-558
  4. Skin Pharmacology and Physiology, March 2016, pages 135-147
  5. Journal of Investigative Dermatology, June 2015, pages 1501-1509
  6. Skin Research and Technology, November 2014, pages 409-415
  7. Biochimica et Biophysica Acta, October 2014, pages 2473-2483
  8. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2014, pages 177-184
  9. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, March 2014, pages 18-26

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.