Cara Memilih Pelembab Anti-Penuaan (Anti-Aging Moisturizer) untuk Jenis Kulit
Memilih pelembab anti-penuaan yang sesuai untuk jenis kulit bukanlah perkara yang mudah. Formulasi serta kandungan bahan dalam pelembab yang merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian, namun ianya juga penting untuk mengambil kira kesesuaian jenis kulit anda dengan formulasi serta tekstur pelembab tersebut.
Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai masalah berkedut dan kendur dan mempunyai kulit yang berminyak dalam masa yang sama—pelembab yang bertekstur krim dan tebal bukanlah padanan yang sesuai untuk kulit anda. Perkara yang sama juga untuk jenis kulit kering dan berkedut-- pelembab yang bersifat menyerap lebihan minyak di kulit dan mempunyai kemasan matte merupakan pilihan yang tidak sesuai. Kami memahami bahawa ianya penting untuk menyediakan pelbagai jenis pilihan untuk kesemua jenis kulit. Kami di Paula’s Choice Skincare mengambil kira pelbagai jenis kulit serta masalah penuaan yang dialami untuk menformulasikan pelembab anti-penuaan yang mampu memberikan kesan terbaik yang diinginkan.
Kulit Kering dan Kusam
RESIST Barrier Repair Moisturizer with Retinol – Retinol merupakan antara bahan terbaik anti-penuaan-- digabungkan dengan antioksida dan bahan skin-replenishing di dalam bentuk losyen. Pelembab ini lembut dan ringan namun bertindak efektif untuk melembabkan kulit kering serta bertindak untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.
RESIST Intensive Repair Cream – Krim bertekstur soufflé yang mengandungi retinol bertindak efektif untuk mengembalikan kulit yang tegang dan seri wajah akibat daripada kulit kusam.
RESIST Skin Restoring Moisturizer with SPF 50 – Pelembab berSPF 50 ini mengandungi bahan terbaik untuk kulit seperti niacinamide, shea butter dan likoris untuk membantu melembabkan dan merawat kulit dan membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang mempercepatkan proses penuaan.
Kulit Berminyak ke Kombinasi, atau Pori Terbuka
RESIST Anti-Aging Clear Skin Hydrator – Pelembab bertekstur krim-gel yang lembut ini megandungi bahan terbaik seperti niacinamide dan vitamin C yang bertindak efektif untuk membantu menyekatakan tona kulit, memudarkan dan menghilangkan kesan cela serta mengecilkan pori.
RESIST Youth-Extending Daily Hydrating Fluid SPF 50 – Pelembab berSPF 50 ini yang mempunyai tekstur ringan bertindak untuk menjadikan kulit menjadi lembut dan lembab. Pelembab ini juga diformulasikan dengan antioksida terbaik untuk melawan kesan persekitaran yang mengakibatkan kesan penuaan.
RESIST Super-Light Wrinkle Defense SPF 30 – Pelembab berSPF yang mempunyai warna berkemasan matte ini mengandungi mineral zinc oxide sebagai bahan aktif bersama bahan cemerlang untuk anti-penuaan iaitu antioksida. Formulasi ini lembut dan sesuai untuk kulit sensitif, temasuklah kulit yang mengalami rosacea.
Ketahui lebih lanjut mengenai produk pelembab dari Paula’s Choice Skincare
Rujukan:
- Drug Research, October 2016, ePublication
- Journal of Drugs in Dermatology, March 2015, pages 271–280
- Indian Journal of Dermatology, September-October 2012, pages 335–342
- The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, June 2011, pages 45–55; and July 2010, pages 20–31
Leave a comment