Bahan Istimewa Melawan Penuaan - Paula's Choice Malaysia

Bahan Istimewa Melawan Penuaan

Apabila membincangkan tentang anti-penuaan, antara persoalan yang kerap timbul adalah “Apakah satu-satunya bahan unggul yang mampu melawan masalah penuaan kulit?”

Jawapan kepada persoalan ini adalah tidak ada.

Tidak ada satu bahan secara spesifik yang dapat membantu melawan pelbagai jenis masalah penuaan pada kulit. Walaupun tidak ada satu bahan secara spesifik boleh melawan masalah kulit akibat penuaan, namun terdapat banyak variasi bahan yang boleh membantu masalah ini. Melawan tanda penuaan memerlukan pengetahuan yang dalam mengenai bahan yang berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah penuaan. 

Apakah yang diperlukan untuk melawan tanda penuaan?

Walaupun terdapat banyak percanggahan mengenai pelbagai perkara di dalam dunia penjagaan kulit wajah, namun antara perkara yang dipersetujui ramai adalah mengenai jenis produk yang perlu digunakan untuk membantu melawan tanda penuaan. Bahan yang membantu melawan tanda penuaan haruslah merangkumi pelindung matahari, leave-on exfoliant, antioksida serta bahan skin-restoring dan skin-replenishing.

  • Pelindung matahari

Pelindung matahari merupakan produk terpenting dalam rutin penjagaan kulit terutama sekali bagi melawan tanda penuaan. Pelindung matahari yang digunakan haruslah mempunyai tahap SPF 30 dan ke atas.


Pelindung matahari hendaklah digunakan tidak kira cuaca hujan, mahupun panas. Pelindung matahari merupakan produk yang paling efektif untuk melawan penuaan pramatang dan kerosakan kulit akibat daripada cahaya matahari.

  • Exfoliant

Exfoliant berfungsi untuk menanggalkan lapisan kulit mati. Kulit mati yang terkumpul mengakibatkan tekstur kulit menjadi kasar, berkedut dan kering. Penggunaan exfoliant secara berkala akan membantu kulit anda menjadi lembut, sekata, lembab dan berseri. 

 Exfoliant pilihan kami di Paula’s Choice Skincare adalah leave-on exfoliant yang lembut kepada kulit seperti AHA (gycolic acid, lactic acid) dan BHA (salicylic acid). Paula’s Choice Skincare menawarkan pelbagai pilihan AHA dan BHA yang bertindak efektif kepada kulit.

  • Antioksida

Antioksida bertindak dengan melindungi kulit daripada kerosakan akibat persekitaran, membantu meredakan kulit dan seterusnya memperlahankan proses penuaan. Pelbagai kajian mengenai bahan penjagaan kulit telah membuktikan bahawa antioksida merupakan salah satu bahan terbaik untuk melawan tanda penuaan dan kedutan.

Kini, terdapat banyak jenis antioksida yang terdapat dalam produk penjagaan kulit wajah. Kepelbagaian jenis antioksida ini meluaskan lagi variasi kepada pilihan antioksida yang boleh dipilih dan digunakan pada kulit. Antara bahan antioksida yang sering dilakukan kajian mengenai manfaatnya adalah teh hijau, vitamin C, vitamin E, soya, genistein, delima dan resveratrol. Bahan antioksida yang dinyatakan adalah sebahagian dari pelbagai jenis antioksida yang terbukti memberi manfaat kepada kulit. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, dapatkan serum yang mempunyai campuran pelbagai jenis antioksida.

  • Bahan Skin-Restoring

Bahan skin-restoring bertindak mengembalikan kulit supaya kelihatan muda dan berseri. Bahan ini mampu memperbaiki tona dan tekstur kulit serta membantu untuk menghilangkan garis halus. Antara bahan yang memberi manfaat anti-penuaan ini adalah retinol, niacinamide, peptide dan adenosine.

  • Bahan Skin-Replenishing

Bahan skin-replenishing merupakan bahan yang terkandung di dalam kulit secara semula jadi. Bahan skin-replenishing bertindak untuk membantu mengembalikan struktur integriti kulit. Bahan skin-replenishing ini adalah glycerine, ceramide, pelbagai jenis fatty acid dan lipid (termasuklah minyak dari sumber tumbuhan), hyaluronic acid dan kolestrol. Paula’s Choice Skincare merangkumkan bahan skin-repleshing ini di dalam kebanyakan toner dan pelembab supaya dapat memberi manfaat terbaik kepada kulit anda.

Sesebuah produk yang mengandung bahan terbaik yang dinyatakan ini jika dudah tentu akan memberikan kesan yang efektif kepada kulit anda tidak kira jenama, harga atau kategori sesebuah produk. Sekiranya sesebuah produk penuaan tidak mengandungi bahan ini, elakkan dari membeli produk tersebut.

 Tips Membeli Produk Anti Penuaan

  • Harga tidak akan membantu anda. Harga yang mahal tidak akan menjamin keberkesanan produk tersebut kepada kulit anda. Terdapat banyak produk pada harga mampu milik yang mampu memenuhi keperluan kulit anda. Perkara yang terpenting kepada pemilihan sesebuah produk adalah kandungan bahan, dan bukan harga.

  • Anda tidak semestinya memerlukan krim mata. Tiada kajian yang menyatakan bahawa kawasan kulit di bahagian mata memerlukan nutrien yang berbeza daripaa kawasan kulit muka yang lain. Terdapat banyak krim mata yang bagus di pasaran, namun produk krim mata ini hanyalah pelembab wajah yang baik. Kandungan bagi pelembab wajah juga merupakan bahan terbaik yang perlu ada pada krim bawah mata.


    Sekiranya anda memerlukan krim mata, cari krim mata yang berbeza daripada pelembab wajah anda. Krim mata untuk kegunaan waktu siang hendaklah mempunyai ciri yang melindungi kulit daripada cahaya matahari yang berasaskan formulasi mineral yang mengandungi zinc oxide atau titanium dioxide. Pada waktu malam, gunakan krim mata yang bertekstur pekat seperti balm dan biarkan ia meresap ketika anda tidur.
  • Elakkan daripada membeli produk anti-penuaan yang diletakkan di dalam bekas yang akan mengakibatkan produk terdedah kepada udara dan cahaya. Bahan anti-penuaan yang efektif dan memberi manfaat kepada kulit kebiasaannya bersifat tidak stabil. Produk ini akan menjadi kurang efektif apabila didedahan kepada cahaya matahari dan udara persekitaran. 

Jadi, apakah satu-satunya bahan terbaik untuk melawan penuaan kulit?

Tidak ada satu bahan secara spesifik yang mampu melawan tanda penuaan kepada kulit. Namun, dengan kepelbagaian bahan terbaik yang efektif kepada kulit, anda mempunyai banyak pilihan untuk memberikan nutrien yang terbaik kepada kulit anda. Kesemua bahan yang dinyatakan seperti antioksida, bahan skin-replenishing, bahan skin-restoring—adalah bahan yang menyumbang kepada keberkesanan produk anti-penuaan. Terdapat banyak formulasi terbaik yang merangkumi pelbagai jenis antioksida yang dipakejkan secara stabil yang boleh di dapati di pasaran.

Perlu diingatkan, walaupun banyak syarikat kosmetik yang inginkan anda percaya kepada satu-satu bahan daripada produk mereka, kajian telah membuktikan bahawa tidak ada satu pun bahan ajaib untuk melawan masalah kulit anda. Dari semasa ke semasa, pelbagai bahan penjagaan kulit wajah yang baru muncul, untuk bersaing dengan syarikat yang lain.

Walaupun terdapat kajian yang menyatakan sesebuah bahan itu efektif kepada kulit, perkara tersebut tidak menjadikan ianya lebih baik atau menjadikan ia lebih penting berbanding bahan terbaik yang lain. Ianya hanyalah salah satu daripada pilihan yang banyak dan bukannya bahan yang perlu miliki—satu-satunya.  

Ibaratkan seperti diet anda. Walaupun brokoli dan anggur merupakan makanan yang sihat, namun sekiranya anda hanya mengamalkan dua makanan ini sahaja ianya sudah tentu tidak mampu untuk memberikan nutrien lain yang diperlukan oleh badan anda. Kulit merupakan organ terbesar dan ia memerlukan pelbagai makanan seimbang dan sihat untik kekal lembut, licin dan sihat.

Dapatkan produk anti-penuaan di sini.

Rujukan

  1. Journal of the American Academy of Dermatology, May 2015, issue 5, page 28; and November 2012, issue 5, pages 1,013-1,024
  2. Aging Research Reviews, January 2015, pages 8-21
  3. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2014, pages 177-184
  4. Annals of Internal Medicine, June 2013, pages 781-790
  5. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, September 2012, pages 18-23
  6. British Journal of Dermatology, March 2010, pages 647-654

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.