Apa Itu Squalane dan Bagaimana Ia Bermanfaat Kepada Kulit?
Kepelbagaian bahan penjagaan kulit, minyak Squalane merupakan bahan yang paling menarik dan terbukti berkesan untuk kulit kering. Walaupun bahan ini dilabel sebagai minyak, squalane mempunyai beberapa perbezaan dan keefektifan unik dibandingkan dengan minyak tradisional dan minyak mineral (1) termasuk:
- Berfungsi seperti minyak yang terhasil secara semula jadi dalam kulit, bertindak untuk mencegah kehilangan kelembapan dan mengembalikan kelembutan kulit
- Membantu meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV
- Membantu melindungi daripada peroksidasi lipid yang boleh merosakkan pori
- Tekstur yang ringan dan tidak berminyak
- Boleh didapati daripada tumbuh – tumbuhan secara lestari jika digunakan dalam penjagaan kulit (vegan)
- Tidak merengsakan kulit atau mencetuskan sebarang reaksi alergi
Apa itu Minyak Squalene?
Minyak Squalane adalah emolien, bahan yang berfungsi seperti minyak kulit (sebum) untuk mencegah kehilangan kelembapan. Secara kimianya, ia adalah Hidrokarbon, sekumpulan bahan yang hanya terdiri daripada Hidrogen dan Karbon. Bahan Hidrokarbon mesra kulit yang lain adalah Petrolatum dan minyak mineral; Squalane merupakan pilihan utama daripada dunia tumbuhan, jadi ianya merupakan alternatif yang terbaik sekiranya anda ingin mengelak daripada petrokimia.
Aspek unik Squalane adalah bentuk molekul Squalene yang diubahsuai merupakan salah satu komponen penting dalam sebum (1, 2). Hal ini menjadikan Squalane adalah bahan yang tidak asing bagi kulit dan menjalankan proses, fungi dan manfaatnya. Bahan ini bukan sekadar emolien, namun terdapat lebih daripada itu.
Ramai individu tertanya-tanya sekiranya squalane adalah bahan vegan; secara tradisionalnya, squalene diekstrak daripada minyak hati ikan yu. Namun pada masa kini, sebilangan besar jenama penjagaan kulit yang menggunakan squalane memilih sumber tumbuhan yang lestari. Ia terhasil secara semula jadi dalam minyak zaitun, dedak gandum, dedak beras, dan minyak amaranth (1, 3). Paula's Choice menggunakan vegan squalane yang berasal daripada buah zaitun. Ia juga boleh dihasilkan melalui bioteknologi daripada ragi Saccharomyces cerevisae, atau lebih dikenali sebagai gula.
Manfaat Squalene untuk Kulit
Seiring dengan kemampuan untuk melembapkan kulit, manfaat Squalane yang lain termasuk antioksidan yang larut minyak. Ia bekerja dengan antioksidan yang lain untuk meneutralkan molekul oksigen yang merosakkan kulit yang terhasil ketika kulit terdedah kepada sinar UV.
Manfaat antioksidan Squalene juga membantunya melindungi minyak kulit daripada peroksidasi lipid, proses yang merosakkan permukaan kulit dan lebih dalam pada lapisan liang di mana minyak berasal. Peroksidasi ini juga dipercayai berperanan dalam jerawat, kerana dapat mengubah komposisi minyak kulit sehingga ia cenderung menjadi keradangan (4, 7).
Kemampuan Squalene yang bertindak seperti sebum membantu melincirkan kulit supaya ia terasa selesa namun sifatnya yang ringan mengekangnya daripada terasa berminyak. Ia dikenali oleh lipid lain yang wujud dalam kulit seperti Ceramide dan Kolesterol, di mana ia berfungsi untuk memperbaiki banteng pertahanan penting kulit, suatu proses yang dapat membantu kulit kelihatan lebih muda dan menjadi kurang reaktif (1).
Kedutan yang Kelihatan Lebih Halus
Memperbaharui keadaan kulit supaya terasa lebih anjal dan berkemampuan untuk meningkatkan kelembapan yang seimbang dengan campuran Ceramide yang pekat serta campuran vitamin C dan Retinol yang menganjalkan kulit dan menguatkan perlindungan sistem pertahanan kulit.
CLINICAL Ceramide-Enriched Firming Moisturizer
Serum Retinol yang Bertekstur Halus
Campuran Retinol asli dan antioksidan yang efektif untuk membantu menjadikan kulit yang terasa lebih anjal, halus dan melembutkan garis-garis halus dan kedutan, dan memberi kuasa penghidratan kepada kulit.
RESIST Intensive Wrinkle-Repair Retinol Serum
Apakah Perbezaan Antara Squalane dan Squalene?
Perbezaan antara kedua bahan ini hanyalah berkenaan kestabilan yang dipertingkatkan: untuk membuat squalane untuk penjagaan kulit, squalene melalui proses dihidrogenasi. Hidrogenasi adalah proses di mana hidrogen ditambahkan ke lemak yang kurang stabil (dalam kes ini, squalene) untuk menjadikannya lebih stabil. Peningkatan ini memberi manfaat kepada produk penjagaan kulit dan kulit anda kerana lemak tidak stabil merosot lebih cepat apabila terdedah kepada cahaya dan udara (5).
Kajian telah membuktikan bahawa tahap squalene kulit terhasi secara semulajadi dan konsisten sejak kecil sehingga awal 30-an, namun selepas itu penurunannya yang ketara dapat dilihat yang menjadikan kulit kelihatan dan terasa lebih kering (6).
Juga perlu diperhatikan: hubungan rapat squalane dengan squalene yang terhasil semula jadi bermaksud ia tidak mungkin merengsakan kulit atau mencetuskan reaksi alergi.
Cara Penggunaan Minyak Squalane
Anda boleh menggunakan minyak squalane dalam bentuk asal kerana ia sangat tidak berminyak, mudah menyerap ke setiap lapisan permukaan kulit. Cuba tambahkan beberapa titis squalane tulen pada pelembap biasa atau krim mata anda sekiranya kulit anda terasa semakin kering.
Squalane juga termasuk dalam banyak formulasi penjagaan kulit yang berfungsi bersama bahan – bahan yang disukai kulit dalam mencegah kehilangan air dan memulihkan rasa halus dan lembut pada kulit. Untuk hasil terbaik, cari squalane dalam produk-produk tidak perlu bilas seperti pelembap wajah, krim badan, pelindung matahari, serum, dan rawatan kulit.
Apakah Minyak Squalane yang Terbaik untuk Kulit?
Tiada minyak squalene yang terbaik untuk wajah, dan walaupun menggunakan squalane tulen adalah pilihan, umumnya, pilihan terbaik adalah dengan menggunakan produk yang menggabungkan squalane dengan banyak bahan bermanfaat yang lain. Ini kerana menjaga kulit tidak semudah satu bahan tidak kira betapa bagusnya ia. Fikirkan "lebih baik bersama" dan cari:
- Squalane dan Retinol, kerana gabungan ini menyihatkan lagi kulit dan Squalane membantu mengekalkan kestabilan retinol dengan keberadaan oksigen.
- Squalane dan Vitamin C, bekerjasama dengan bik untuk menghaluskan, mencerahkan, dan meningkatkan lagi pertahanan persekitaran kulit dengan membekalkan kedua – dua antioksidan larut minyak dan air.
- Squalane dalam body butter, di mana ia berfungsi bersama – sama emolien yang terbukti seperti Shea dan Jojoba Butter untuk memulihkan kelembutan kulit daripada sangat kering dan kasar.
Rujukan
1. Molecules, January 2009, pages 540-554
2. Advanced in Food and Nutrition Research, Volume 65, 2012, pages 223-233
3. Journal of Cosmetic Science, January-February 2013, pages 59-66
4. Free Radical Research, April 2002, pages 471-477
5. ACS Open, July 2017, pages 3,989–3,996
6. Indian Journal of Dermatology, May-June 2016, pages 279-297
7. Journal of Investigative Dermatology, November 2006, pages 2,430-2,437
Leave a comment