Apa Itu Selaran Matahari?
Apakah Yang Berlaku Apabila Kulit Mengalami Selaran Matahari?
Sinaran UVB (jarak lebih pendek) menyebabkan kebanyakan selaran matahari, dan merupakan penyumbang kepada kebanyakan kanser kulit. Sinaran UVA (jarak jauh) masuk lebih dalam ke dalam kulit, dan bertanggungjawab terutamanya untuk tanda-tanda penuaan pramatang seperti kedutan dan kendur.
Apabila kulit terdedah dengan sinaran UVB, anda tidak merasakannya pada mulanya. Kesan fizikal yang paling sering dikaitkan dengan selaran matahari—kulit yang panas apabila disentuh, gatal-gatal, sakit, mengelupas, melepuh, bengkak, malah mengalami demam—adalah tindak balas badan anda terhadap sinaran UV berlebihan yang diterima. Respon yang diberikan adalah cara terbaik tubuh badan untuk membetulkan kerosakan kulit yang tidak dilindungi atau tidak dilindungi dengan baik.
Yang menghairankan, selaran matahari tidak berhenti serta merta sebaik sahaja anda keluar dari matahari. Selaran matahari boleh terus berkembang sehingga 72 jam selepas pendedahan awal matahari. Hal ini adalah punca sering kali selaran matahari terasa lebih teruk beberapa hari kemudian-dan itu sebelum pengelupasan yang tidak sedap dipandang bermula.
Risiko Jangka Panjang
Lama kelamaan, simptom dan ketidakselesaan yang boleh dilihat akibat selaran matahari akan pudar, dan kulit anda akan sama ada kembali kepada warna normal atau sawo matang. (Tiada istilah “healthy tan” apabila anda membiarkan kulit anda terdedah dengan cahaya matahari tanpa perlindungan, kerana sebarang perubahan warna yang berlaku pada kulit menandakan bahawa kulit anda telah mengalami kerosakan cahaya matahari)
Walaupun tanda fizikal selaran matahari tidak kelihatan—ini tidak bermakna tiada kesan yang berkekalan. Menakutkan tetapi benar: selaran matahari mengubah cara kulit berfungsi, walaupun beberapa dekad selepas ia berlaku. Penyelidikan menunjukkan walaupun hanya satu selaran matahari yang melepuh semasa zaman kanak-kanak boleh menggandakan peluang seumur hidup seseorang untuk mendapat melanoma, jenis kanser kulit yang paling serius. Kemungkinan kanser meningkat sehingga 80 peratus jika anda mengalami antara dua hingga lima selaran matahari yang teruk semasa zaman kanak-kanak.
Walaupun anda tidak mengalami selaran matahari yang teruk dalam sejarah anda, selaran matahari yang kurang teruk sekali setiap dua tahun boleh meningkatkan risiko melanoma anda tiga kali ganda. Statistik menunjukkan bahawa selaran matahari bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia tidak sepatutnya menjadi tanda daripada percutian anda atau hari di pantai.
Benar, maklumat di atas agak menakutkan, namun ada cara mudah untuk mengelakkan selaran matahari ini! Cara terbaik ialah menggunakan pelindung matahari spektrum luas yang dinilai SPF 30 atau lebih tinggi, dan gunakannya secara bebas setiap dua jam apabila anda berada di luar rumah.
Bersama-sama dengan pelindung matahari, langkah perlindungan matahari yang lain seperti cermin mata hitam, topi dan pakaian pelindung SPF meningkatkan peluang anda untuk tidak mengalami selaran matahari. Mengambil langkah pencegahan sedemikian bukan sahaja menyelamatkan kulit anda sekarang, tetapi menjamin kurang kebimbangan bertahun-tahun dari sekarang-dan itu adalah kelegaan selaran matahari yang berbaloi dengan usaha anda!
Dapatkan pelindung matahari di sini.
Rujukan
- Health Reports, May 2017, pages 12-19
- https://www.aad.org/media/stats/conditions/skin-cancer
- The Journal of the Federation of American Societies for Experimental Biology, November 2009, pages 3,947-3,956
Leave a comment