Apa itu “Purging” dan “Breakout”?  

Teori mengenai punca keadaan “purging” dengan penggunaan produk leave-on exfoliant adalah daripada keadaan pori yang tersumbat. Leave-on exfoliant membantu melonggarkan ikatan kulit mati yang mengekang segala kotoran, minyak yang tersekat di dalam liang pori, dan menolak keluar segala kotoran kepada permukaan kulit. Proses ini berlaku dalam keadaan yang sangat singkat, sesingkat satu malam sahaja—kulit anda muncul dengan jerawat yang baru tumbuh. Setelah penggunaan exfoliant berlangsung selama beberapa hari, kesan ini akan berkurang dari semasa ke semasa. Sesetengah individu mengatakan fenomena ini sebagai kulit akan menjadi lebih teruk, sebelum menjadi lebih baik.

Keadaan “purging” ini berlaku untuk sesetengah individu dan tidak semua akan mengalami keadaan ini. Bagaimana serta siapa yang berkemungkinan mengalami kesan ini kekal menjadi tanda tanya. Faktor keadaan ini berlaku  kerana exfoliant (AHA, BHA), serta retinol dan benzoyl peroxide melonggarkan ikatam kulit mati dan kotoran dalam pori serta mempercepatkan proses pertukaran sel kulit dan seterusnya mengeluarkan segala punca pori tersumbat pada permukaan kulit.

Perkara ini menjelaskan bagi keadaan jerawat yang tidak mempunya mata atau merah, (bermakna ianya hanya pada keadaan bonjolan berwarna kulit yang menandakan pori tersumbat atau blackhead). Salicylic acid bertindak untuk meresap masuk dalam lapisan pori dan membantu untuk menipiskan minyak (sebum) yang terkumpul dan mengurangkan saiz kotoran serta minyak yang terkumpul di dalam pori. Salicylic acid juga membantu bentuk lapisan pori. Setelah keadaan pori kembali pada normal, minyak terkumpul dari dalam pori lebih mudah untuk dikeluarkan pada permukaan kulit dan muncul sebagai pori tersumbat yang baru (whitehead, blackhead—bonjolan yang tidak berkaitan dengan jerawat).

Pori yang yang tersumbat yang berlaku dari dalam dan tidak kelihatan ini lama kelamaan tetap akan muncul. Penggunaan produk seperti Salicylic Acid hanya mempercepatkan proses ini. Setelah segala kotoran, punca pori tersumbat ini muncul pada permukaan kulit, penggunaan bahan ini secara berterusan akan membantu mengurangkan benjolan halus pada kulit dan mengecilkan pori.

Purging” yang mengakibatkan jerawat yang merah, dan bengkak, secara fisiologinya adalah mustahil. Walaupun bahan ini membantu fungsi posi dan membunuh bakteria yang mengakibatkan jerawat dan mencegah kemunculan jerawat dengan lebih banyak, ianya tidak akan menyebabkan jerawat yang baru tumbuh atau jerawat yang sedia ada untuk keluar daripada pori dengan lebih cepat. Jerawat tidak keluar dari pori, walaupun ianya kelihatan seperti itu. 

Jerawat terjadi kerana dalam beberapa keadaan, pori yang tersumbat menyebabkan lapisan pori untuk pecah, dan mengakibatkan sebum, kotoran dan lapisan kulit mati untuk mencemari kulit. Hal ini mengakibatkan bakteria yang mencetuskan jerawat muncul pada kawasan pori. Kotoran, minyak yang terdapat pada permukaan kulit merupakan makanan kepada bakteria, menggalakkan kesan keradangan dan mengakibatkan jerawat muncul.

Adakah Kesan “Purging” Perlu Terjadi?

Kesan “purging” atau pembasmian bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikawal. Anda boleh memberhentikan penggunaan produk exfolian, namun ianya menyebabkan kulit untuk menjadi lebih bermasalah dan kulit akan kehilangan kesemua kesan baik daripada exfoliant.

Selain itu, kesan yang terlihat setelah pemakaian BHA tetap akan muncul atau akan kekal dalam pori, terkumpul dan mengakibatkan jerawat batu atau cystic acne yang lebih serius. Ianya adalah bagus untuk melihat pergerakan dan perkembangan ini berlaku, walaupun kesannya tidak menarik untuk dilihat.  


Antara punca lain yang mungkin menjadi pemangkin kepada keadaan kulit tumbuh jerawat dengan banyak adalah apabila anda menggunakan produk baru ketika anda dalam permulaan untuk mengalami “breakout”.Perkara ini kebiasaannya akan terjadi kepada wanita yang menggunakan produk baru pada ketika kitaran haid—dan pada kitaran ini, ianya adalah biasa untuk tumbuh jerawat dengan banyak (berpunca daripada hormon)

Namun begitu, sesetengah individu mungkin sensitif dengan penggunaan Benzoyl Peroxide, Salicylic Acid atau Retinoid. Kes sebegini memerlukan individu untuk menyelaraskan kekerapan penggunaan produk ini atau mengasingkan penggunaan produk ini untuk rutin pagi atau malam. Respon seperti kekeringan, pedih, bukanlah petanda anda tidak boleh menggunakan produk ini. Cari kekerapan dan cara pemakaian yang sesuai untuk kulit anda.

Bagaimanakah Sekiranya Kulit Masih Tumbuh Jerawat Lebih daripada Biasa?


Sekiranya anda kulit anda masih meragam dan tumbuh jerawat dengan lebih banyak daripada biasa apabila anda mula menggunakan exfoliant, pertimbangkan produk lain yang anda gunakan dalam rutin anda. Satu produk semata-mata tidak akan mengakibatkan masalah, namun, kombinasi produk yang memungkinkan perkara ini terjadi.

Apakah yang boleh dilakukan? Sekiranya anda menggunakan beberapa produk dan menggunakan kesemuanya dalam rutin yang sama, cuba selang selikan penggunaan produk pada rutin yang berbeza. Antara cara lain adalah dengan bertukar dengan penggunaan produk yang lebih ringan, mudah untuk dipakai dalam satu rutin (gunakan produk bertekstur ringan kepada berat). Kebiasaannya, pertukaran ini menunjukkan kesan yang baik kepada kulit dengan serta merta.

Dapatkan produk anti-jerawat di sini.

Dapatkan produk exfoliant di sini.

Dapatkan produk retinoid di sini.

Rujukan

  1. Dermatologic Therapy, September 2017, pages 293-304
  2. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, January 2017, pages 37-46
  3. Dermatologic Surgery, March 2016, pages 277-285
  4. Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, August 2015, pages 455-461
  5. Clinics in Dermatology, January-February 2010, pages 8-11
  1. Journal of the American Academy of Dermatology, March 2009, page AB19

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.