Lambakan syarikat penjagaan kulit kini menawarkan pelbagai jenis minyak pembersih. Sebagai pengguna, sudah tentu anda akan cenderung untuk bersikap ingin tahu tentang cara mereka berfungsi dan jika ia sesuai untuk anda.
Minyak pembersih, terutama sekali yang diformulasikan untuk senang dibilas, boleh menjadi suatu tambahan yang menarik kepada rutin penjagaan kulit anda, sama ada digunakan secara begitu sahaja mahupun sebahagian daripada pembersihan berganda.
Apa itu minyak pembersih?
Minyak pembersih adalah produk berasaskan minyak yang membantu menanggalkan solekan, serpihan permukaan serta minyak lebihan dari kulit. Perkara yang memberikan perbezaan adalah cara ia berfungsi jika dibandingkan dengan pencuci berasaskan air yang mengandungi tekstur krim, gel atau berbuih.
Pencuci tradisional membersihkan terutamanya dengan surfaktan, bahan-bahan yang berinteraksi dengan minyak, solekan dan serpihan permukaan atas kulit dengan cara yang membolehkan ia bercantum dan dibilas dengan air. Pembersih yang diformulasikan dengan baik juga memberikan bahan penghidratan kepada kulit, jadi ia akan merasa lembut dan licin berbanding ketata atau kering.
Banyak minyak pembersih juga mengandungi surfaktan, namun bahan tersebut bukanlah bahan utama, sebaliknya minyak yang dijadikan sorotan.
Kebaikan minyak pembersih
Faedah-faedah utama minyak pembersih adalah:
Minyak pembersih yang terbaik adalah yang mengandungi minyak tanaman tanpa bau. Ia adalah kaya dengan komponen yang dikenali sebagai glyceride, yang berfungsi untuk menanggalkan apa-apa yang tidak diingini untuk tinggal di atas kulit sepanjang malam (pelindung matahari & solekan) sambil menambah pelembut kulit yang lebih diperlukan.
Bagaimana minyak boleh membersihkan kulit?
Minyak bukan sahaja melembapkan kulit, ia juga berfungsi sebagai pelarut, iaitu suatu kumpulan bahan yang dapat melarutkan bahan yang serupa. Minyak adalah sejenis pelarut istimewa kerana ia bersifat lipofilik yang menarik mereka kepada minyak yang lain, termasuklah sebum yang dihasilkan oleh kulit serta bahan-bahan minyak dalam solekan. Inilah yang membolehkan minyak di dalam minyak pembersih untuk melarutkan solekan dan minyak lebihan dengan cepat selain daripada melembutkan kulit pada masa yang sama.
Surfaktan dan sejenis bahan yang dikenali sebagai pengemulsi kemudiannya memainkan peranan mereka, iaitu membolehkan minyak dan apa-apa yang dilarutkan untuk bercampur dan seterusnya mudah dibilas dengan air.
Siapakah yang sesuai menggunakan minyak pembersih?
Semua jenis kulit boleh menggunakan minyak pembersih jika ia telah diformulasikan untuk dibilas dengan air dan tidak meninggalkan lebihan minyak. Keputusan sama ada anda patut menggunakan minyak pembersih haruslah berpandukan dua perkara: pilihan peribadi dan jangka masa solekan atau pelindung matahari tahan air yang digunakan. Minyak pembersih yang bagus akan dapat membantu menanggalkan solekan dan pelindung matahari, sekali gus memudahkan suatu tugas yang sukar.
Dengan andaian bahawa minyak pembersih tidak mengandungi bahan-bahan bermasalah seperti wangian (termasuk minyak pati wangi), ia bukanlah pilihan yang salah untuk sesiapa sahaja, termasuklah untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kemerahan atau mempunya cela (apabila digunakan sebagai langkah pertama dalam pencucian berganda).
Terdapat satu pengecualian: minyak pembersih yang terdiri daripada minyak tunggal atau campuran minyak tanpa surfaktan atau pengemulsi adalah tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi kepada berminyak atau rawan cela, kerana ia hanya menambah kepada isu kekeringan kulit.
Bagaimana untuk menggunakan minyak pembersih
Untuk menggunakan minyak pembersih, sapukan sedikit produk pada kulit yang basah, urut dengan perlahan ke seluruh muka dan kawasan mata, cuci dengan bersih dan lap kulit dengan tuala yang lembut dengan bersih. Anda juga boleh bereksprimen dengan menyapukan minyak pembersih pada kulit yang kering, dan bilas atau percikkan air kepada minyak dan mengurut muka sehingga menjadi bentuk emulsi sebelum dibilas sehingga bersih.
Jika anda menggunakan minyak pembersih sebahagian daripada pencucian berganda, dinasihatkan untuk disusuli dengan pencuci larut air yang biasa digunakan. Kebanyakan pengguna lebih memilih untuk menggunakan minyak pembersih dengan cara ini untuk memastikan kulit mereka bersih sepenuhnya.
Rujukan
Comments will be approved before showing up.