Apa itu Ceramide - Paula's Choice Malaysia

Apa itu Ceramide

Ceramide merupakan lipid (lemak) yang terhasil secara semula jadi pada lapisan kulit atas. Kulit mengandungi lebih daripada 50% ceramide dan merupakan komponen utama dalam komposisi kulit. Oleh itu, ceramide mempunyai peranan penting kepada kulit wajah dengan mengawal respon kulit daripada ancaman persekitaran.

Bagaimana ceramide berfungsi?

Analogi kepada fungsi ceramide ini boleh diibaratkan seperti simen dan batu bata—dan batu bata adalah sel kulit. Ceramide membantu untuk mengekalkan sel kulit berada dalam keadaan optimum. Bahan ini akan membentuk lapisan yang bertindak untuk melindungi kulit daripada kehilangan lembapan dan melindungi kerosakan kulit akibat daripada pencemaran dan punca persekitaran.

Ceramide merupakan bahan anti-penuaan yang kuat— ianya lebih kuat berbanding retinol, niacinamide dan peptide. Retinol, niacinamide dan peptide merupakan bahan yang bertindak untuk menyokong sifat kulit supaya menjadi  dinamik. 

Jika kulit menghasilkan ceramide secara semula jadi, mengapa saya perlu bahan ini di dalam produk kecantikan saya?

Penghasilan ceramide akan berkurangan akibat faktor usia serta kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Kekurangan ceramide dalam kulit wajah akan melemahkan barrier kulit anda. 

Barrier kulit yang lemah akan mengakibatkan kulit kering, kasar, berkedut, sensitif dan kemerah-merahan. Pengetahuan yang mendalam mengenai bahan dalam produk penjagaan kulit wajah akan banyak membantu untuk menyelamatkan kulit wajah anda! 

Apakah manfaat ceramide?

Ceramide yang diformulasikan secara sempurna dan dipakejkan secara betul akan meningkatkan kelembapan kulit dan seterusnya dapat membantu barrier. Barrier kulit yang sihat akan menjadikan kulit kelihatan gebu, licin, anjal. Ceramide juga membantu mengurangkan garis dan kedut di wajah serta mengurangkan tanda kulit sensitif. 


Apakah yang dimaksudkan dengan “produk yang dipakej secara betul”?

Kebanyakan bahan anti-penuaan bersifat tidak stabil. Bahan anti-penuaan akan menjadi kurang efektif sekiranya didedahkan kepada cahaya dan udara— dan perkara ini terjadi setiap kali anda membuka bekas produk. Cari produk ceramide yang di dalam tiub atau botol legap dengan pam atau dispenser kedap udara. Pembungkusan dan pempakejan produk yang betul akan memastikan bahan yang memberi manfaat kepada kulit kekal berfungsi secara efektif. 

Bagaimana untuk memastikan sesebuah produk itu mengandungi ceramide?

Perkataan ceramide pada senarai kandungan bahan dapat dilihat melalui label seperti ceramide AP, EOP, NG, NP, atau NS. Selain itu, bahan yang dilabel sebagai phytosphingosine dan sphingosine juga merupakan merupakan bahan penggalak ceramide (membantu kulit untuk menghasilkan ceramide).

Label ceramide sudah pasti akan dapat dilihat pada botol kerana keupayaan bahan ini untuk bertindak secara efektif melawan masalah kulit.

Apakah jenis kulit yang sesuai untuk memakai ceramide?

Ceramide berada di dalam kategori bahan “skin-replenishing” atau “skin identical”. Oleh kerana ceramide terhasil secara semulajadi di dalam kulit, ceramide sesuai untuk semua jenis kulit—tidak kira jenis kulit sensitif, kulit yang mudah tumbuh jerawat dan kulit yang berminyak.

Bahan ini juga sesuai untuk dipakai pada kawasan bawah mata, namun pastikan produk tersebut bebas daripada pewangi dan bahan yang mengakibatkan kulit sensitif.

Apakah bahan lain yang sesuai untuk dipakai bersama ceramide? 

Ceramide akan menjadi lebih efektif apabila digabungkan penggunannya dengan bahan tambahan kulit yang lain seperti asid lelemak atau fatty acid, gliserin dan kolestrol. Campuran lipid ideal untuk menyekatakan tona kulit, tekstur kulit dan membantu kesan kulit sensitif. Walaupun terdapat pelbagai manfaat ceramide kepada kulit, kami di Paula’s Choice Skincare percaya bahawa tidak ada satu bahan spesifik yang dapat membantu melawan kesemua jenis masalah kulit. Oleh itu, pastikan produk yang mengandungi ceramide turut mempunyai bahan antioksida dan bahan skin-restoring lain seperti retinol, niacinamide, linoleic acid dan peptide. 

Bolehkan saya menggabungkan ceramide dan bahan penjagaan kulit wajah yang lain?

Exfoliant AHA dan BHA boleh digunakan dengan produk Paula’s Choice Skincare yang lain, termasuklah bahan yang mengandungi ceramide; ianya diformulasikan untuk saling membantu untuk memastikan kulit kelihatan sihat. 

Leave-on exfoliant yang lembut akan membantu keefektifan produk yang mengandungi ceramide untuk berfungsi dengan efektif. AHA dan BHA berfungsi untuk membuang lapisan kulit mati yang menghalang bahan ini daripada meresap masuk ke dalam kulit anda dan bertindak secara efektif.

Apakah Produk Paula’s Choice Skincare yang mengandungi ceramide?

Suplemen Ceramide 

Ceramide dijumpai dalam pelbagai sumber makanan terutama sekali tumbuhan, kebiasaannya dikenali sebagai Phytoceramide. Ceramide boleh didapati dalam vitamin dan suplemen yang berasal daripada gandum, ubi bit dan nasi. Kajian membuktikan bahawa suplemen yang dimakan dapat membantu kadar kelembapan kulit. 

Susu, telur dan soya mempunyai jumlah sphingolipids yang tinggi. Seperti yang dinyatakan, sphingolipids (sphingosine) merupakan penggalak ceramide yang membantu kulit untuk menggalakkan penghasilan ceramide.

Walaupun ceramide boleh di dapati daripada kebanyakan makanan, namun ianya tidak mencukupi sekiranya tujuan anda adalah ingin merawat dan memperbaharui kulit. Oleh itu, ianya adalah penting untuk menggunakan produk yang mengandungi ceramide untuk membantu menyelesaikan masalah kulit. Namun begitu, ceramide bukan suplemen yang wajib untuk mengekalkan diet yang sihat. 

Dapatkan produk berasaskan ceramide.

Rujukan
International Journal of Cosmetic Science, June 2017, pages 284-291

Journal of Drugs in Dermatology, March 2017, pages 243-247

Journal of Cosmetic Dermatology, December 2016, pages 549-558

Skin Pharmacology and Physiology, March 2016, pages 135-147

Journal of Investigative Dermatology, June 2015, pages 1501-1509

Skin Research and Technology, November 2014, pages 409-415

Biochimica et Biophysica Acta, October 2014, pages 2473-2483

Journal of the American Academy of Dermatology, July 2014, pages 177-184

The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, March 2014, pages 18-26


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.