Alkohol Baik dan Alkohol Tidak Baik Untuk Kulit Wajah
Alkohol yang Baik vs Alkohol Tidak Baik dalam Formula Kosmetik
Apabila kami menyatakan kerisauan mengenai kandungan Alkohol dalam produk penjagaan wajah dan produk solekan, ia merujuk kepada jenis Alkohol yang mengeringkan.
Kandungan bahan ini dapat dilihat pada label seperti
- Alkohol SD
- Denatured Alcohol
- Isopropyl alcohol
- Ethanol
Jenis Alkohol meruap (volatile) ini memberi produk kesan cepat kering (quick-drying), menghilangkan minyak pada kulit wajah dengan cepat, terasa ringan pada kulit. Oleh itu, ianya mudah dianggap sebagai bahan yang sesuai kepada kulit terutamanya kepada jenis kulit muka yang berminyak.
Namun, kesan baik yang dapat dilihat pada jangka masa pendek akan berakhir dengan kesan jangka buruk pada masa yang akan datang.
Sekiranya kandungan Alkohol yang dinyatakan merupakan enam bahan utama pada label kandungan bahan, ianya tanpa persoalan akan memburukkan keadaan kulit dan kasar pada kulit. Kandungan bahan ini tidak sesuai untuk semua jenis kulit. Kesan seperti mengakibatkan kulit kering, gangguan kepada permukaan (skin microbiome) dan pertahanan yang seterusnya mendatangkan kesan buruk kepada kulit) dan menghalang pemulihan dan pembaharuan kulit. Alkohol secara ringkasnya akan melemahkan kulit.
Terdapat juga jenis Alkohol yang tidak mengakibatkan iritasi dan bermanfaat kepada kulit.
Alkohol jenis ini merupakan Fatty Alcohol dan ianya akan ditulis pada label sebagai
- Cetyl Alchohol
- Stearyl Alcohol
- Cetearyl Alcohol.
Penggunaan bahan yang dinyatakan dalam jumlah yang sedikit adalah bagus untuk kulit kering. Bahan ini memberikan tekstur yang baik kepada produk dan memastikan bahan dalam sesebuah produk itu stabil. Ianya adalah penting untuk anda mengetahui jenis Alkohol yang baik kepada kulit dan alkohol yang tidak baik kepada kulit anda.
Anda juga mungkin pernah mendengar bahawa Alkohol merupakan bahan yang bagus kerana ianya membantu penyerapan bahan lain seperti Retinol dan vitamin C dengan lebih efektif. Walaupun kenyataan tersebut adalah benar, alkohol pada masa yang sama turun merosakkan permukaan kulit serta merosakkan segala bahan yang mengekalkan kulit menjadi sihat dalam tempoh jangka masa yang panjang. Terdapat alternatif yang lembut dan lebih elok kepada kulit anda. Bahan ini akan merosakkan lapisan luar kulit yang merupakan isu yang lama kelamaan akan menimbulkan banyak masalah kepada kulit anda.
Bagaimana Alkohol Merosakkan Kulit dan Menyebabkan Kulit Breakout
Bagi individu kulit berminyak, penggunaan produk berasaskan Alkohol kedengaran seperti idea yang bagus kerana ianya memberi kesan matte kepada kulit dan menghilangkan kesan berminyak pada kulit wajah anda. Ironi penggunaan bahan berasaskan Alkohol ini yang bertindak kononnya untuk mengawal kulit berminyak adalah dengan kerosakan yang akan mengakibatkan pertumbuhan bumps dan pori yang besar.
Secara ringkas: Alkohol akan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak, oleh itu kesan alkohol yang menghapuskan minyak dengan pantas itu sebenarnya akan meningkatkan lagi pengeluaran minyak pada kulit wajah anda.
Kesimpulan
Kajian yang dilakukan adalah jelas: Alkohol merosakkan permukaan yang melindungi kulit, menghapuskan bahan penting yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan seterusnya menjadikan kulit berminyak bertambah teruk. Secara ringkasnya, ia bertindak sebagai bahan yang mempercepatkan proses penuaan kulit. Kepelbagaian produk yang mengandungi pelbagai bahan yang baik kepada kulit yang tersedia, ianya pasti tidak sukar untuk mengelak penggunaan bahan yang menggunakan bahan yang merosakkan kulit seperti alkohol.
Pengecualian penggunaan Alkohol kepada kulit adalah kepada hand sanitizer. Produk ini memerlukan sekurang-kurangnya 60% kandungan Alkohol (Ethanol) untuk bertindak efektif untuk membunuh kuman dan virus. Penggunaan sabun dan air adalah langkah yang digalakkan sepanjang hari namun ketiadaan akses yang memudahkan kepada langkah ini, penggunaan hand sanitizer adalah pilihan yang kedua terbaik. Pendedahan kepada Alkohol tidak ideal kepada kulit, namun tidak seperti penjagaan kulit wajah, Alkohol pada hand sanitizer adalah penting dan bertindak untuk melindungi penyakit.
Dapatkan produk bebas alkohol yang mengeringkan di sini.Rujukan
- Journal of Hospital Infection, August 2019, pages 419-424
- Journal of Investigative Dermatology, October 2018, pages 2,234-2,243
- International Journal of Cosmetic Science, April 2017, pages 188-196
- Toxicology and Applied Pharmacology, November 2014, pages 109-117
- Drug Design, Development and Therapy, November 2015, pages 6,225-6,233
- The Journal of Allergy and Clinical Immunology in Practice, March 2013, pages 195-196
- Biochimica et Biophysica Acta, May 2012, pages 1,410-1,419
- Experimental Dermatology, October 2009, pages 821-832
- Journal of Occupational Medicine and Toxicology, November 2008, ePublication
- International Journal of Toxicology, Volume 27, 2008, Supplement pages 1-43
Leave a comment