Adakah Tona Kulit Gelap, Kulit Etnik Memerlukan Penjagaan Kulit Berbeza?

Bagaimanakah Kulit yang Kaya Melanin Dikatakan Unik?

Terma "kulit kaya melanin" atau "kulit yang berwarna" merangkumi pelbagai spektrum etnik dan warna kulit. Ahli dermatologi mempraktikkan skala yang dikenali sebagai Fitzpatrick Skin Phototype (FST) untuk mengkategorikan tahap melanin serta bagaimana kulit bertindak balas apabila terdedah kepada cahaya matahari. Skala ini bermula pada FST 1 (kulit sangat cerah dan sering terbakar, tidak akan gelap) hingga FST 6 (tahap kulit yang mempunyai melanin yang paling tinggi yang secara semula jadinya memberikan perlindungan matahari yang lebih banyak, walaupun anda masih memerlukan pelindung matahari) (1). 

Kulit yang berwarna kebiasaanya merujuk kepada yang berada dalam julat 3-6 FST, namun iamya tidak semudah yang diberikan kerana terdapat warna kulit yang lebih cerah dalam populasi orang Afrika Amerika, Hispanik /Latin, orang Asia, orang – orang Kepulauan Pasifik, dan lain-lain lain (2).

Variasi fisiologi di antara etnik yang berbeza-beza bergantung pada jumlah melanin, tetapi terdapat beberapa isu paling biasa yang sering dihadapi oleh kulit kaya melanin termasuk:

  • Berpotensi untuk mempunyai masalah hiperpigmentasi yang lebih degil (bintik dan tona tidak sekata), serta parut timbul yang lebih ketara (3,4,5,6).
  • Cenderungan mempunyai lingkaran hitam dalam kumpulan etnik tertentu kerana kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit di sekitar mata (7).
  • Jumlah ceramide yang lebih rendah yang semula jadi terkandung dalam kulit (bahan yang mengekalkan permukaan kulit kelihatan halus dan terhidrasi) (3).
  • Peningkatan kepadatan elemen – elemen struktur kulit, yang dapat meningkatkan daya tahan terhadap tekanan persekitaran, termasuk bahan pencemar (3).
  • Tahap di mana pendedahan pada matahari tanpa perlindungan memberi kesan pada kulit (lebih lagi pada bahagian terkena matahari). (4).

Bintik dan Tona Tidak Sekata pada Kulit Etnik

Ini adalah salah satu topik yang lebih banyak diteliti untuk kulit berwarna dengan pelbagai faktor penyumbang termasuk hormon, kecederaan kulit, jerawat, kerosakan disebabkan cahaya matahari, dan bahkan penambahan sel kulit mati secara rutin. Semua ini membawa kepada perbezaan kedalamantona kulit yang tidak sekata, kulit pucat, kulit menjadi gelap, dan jenis – jenis parut degil tertentu.

Walaupun ini juga isu kepada kulit yang lebih cerah, ia kebiasaanya lebih susah untuk diselesaikan bagi mereka yang mempunyai kulit yang kaya dengan melanin, memerlukan gabungan bahan – bahan yang berbeza.

Khususnya, azelaic acid menonjol kerana kemampuannya untuk menyelesaikan masalah ini bagi kulit yang lebih gelap, serta kulit yang cerah (4,6). Berbagai jenis vitamin C yang berbeza konsentrasi, Arbutin, Bakuchiol, Retinol, Niacinamide, dan Tranexamic Acid juga mempunyai kajian untuk menyokong keupayaan mereka dalam mencerahkan kulit dan meratakan tona kulit (8,9,10,11,12). Ianya berguna untuk menggunakan lebih daripada satu ramuan hebat ini, kerana ia berfungsi dengan cara yang berbeza bagi menangani masalah yang sama.

Tidak kira seberapa cerah atau gelapnya warna kulit anda, pelindung matahari sangat penting untuk memastikan tona yang tidak sekata tidak bertambah buruk. Malah ramuan terbaik tidak akan dapat mengatasi masalah ini sekiranya anda tidak melindungi kulit daripada pendedahan UV yang berterusan dengan pelindung matahari berspektrum luas yang dinilai SPF 30 atau lebih tinggi (12)

Lingkaran Gelap bagi Kulit Berwarna

Sesetengah etnik lebih cenderung kepada lingkaran gelap mata bawah gelap, dan ini adalah masalah yang sangat mencabar untuk diselesaikan kerana ia selalunya sesuatu yang diwarisi di mana melampaui bidang apa yang dapat ditangani oleh produk penjagaan kulit topikal (7).

Namun, ada langkah-langkah tertentu yang boleh anda ambil untuk membantu mencegah lingkaran hitam daripada menjadi lebih teruk, tanpa mengira warna kulit anda. Ketahui lebih lanjut mengenai petua terbaik bagi lingkaran hitam di sini, dan ingat bahawa perlindungan matahari sangat penting.

Sekiranya lingkaran hitam semakin mendalam disebabkan pendedahan kepada sinar UV, jenis bahan – bahan yang sama dalam memperbaiki tona kulit seperti yang disebut di atas boleh membantu.

Jerawat bagi Kulit Berwarna

Apabila berkaitan dengan jerawat, kajian menunjukkan bahawa warna kulit yang lebih gelap boleh bertindak balas agak berbeza terhadap jerawat (terutama dari segi bekas yang mereka tinggalkan), tetapi walaupun terdapat perbezaan ini, rawatan standard emas untuk produk pembersih muka yang lembut dan produk yang mengandungi salicylic acid dan benzoyl peroxide tanpa bilas tetap sama (2,4). 

Bagi sisa bekas jerawat, ikuti protocol yang sama seperti yang dibincangkan dalam ruang berkenaan noda hitam dan tona tidak sekata di atas. 

Melembapkan Kulit yang Kaya Melanin

Ceramide adalah komponen semula jadi kulit yang membantu mengekalkan kesihatannya dengan menyumbang kepada lapisan pelindung kulit yang mengekang hilangnya kelembapan. Kajian menunjukkan kulit kaya dengan melanin mengandungi tahap ceramide yang lebih rendah; oleh itu ia boleh menjadi lebih cenderung kepada kekeringan dan boleh kelihatan seperti pucat apabila tidak terhidrat (3).

Apabila kulit kekurangan bahan semula jadi yang diperlukan, penjagaan kulit dapat membantu mengatasi jurang tersebut dengan menambah semula bahan – bahan tersebut. Pelembap, serum, dan produk rawatan yang kaya dengan antioksidan, bahan – bahan memulihkan kulit, membantu mengekalkan kulit yang sihat, keseimbangan air yang normal, pada masa yang sama mencegah kehilangan kelembapan.

Bagi kulit muka, pelembap yang kaya dengan ceramide adalah penyelesaian yang bagus untuk menghidrat secara terus, melembutkan, dan menghaluskan kulit. Tambahan pula, menggunakan campuran minyak tumbuhan yang berkhasiat dan tidak wangi, sepeti minyak badam, argan, borage, kelapa, evening primrose, biji jojoba, zaitun, atau safflower boleh memberikan perbezaan yang ketara. 

Untuk badan, krim yang mewah dan emolien yang membekalkan hidrasi yang berpanjangan sangat sesuai. Di samping itu, tukarkan sabun buku yang mengeringkan dengan pencuci badan yang lembut dan menghidrat dalam rutin mandian anda. 

Akhir sekali, menambahkan makanan tambahan ceramide untuk kulit dapat membantu mengatasi masalah ini dari luar dan dalam.

Perlindungan Matahari bagi Kulit Berwarna

Walaupun kulit yang kaya dengan melanin secara semula jadinya menawarkan perlindungan yang lebih tinggi yang berlaku disebabkan cahaya matahari berbanding kulit yang lebih cerah, itu tidak bermaksud pelindung matahari adalah pilihan. Tona kulit yang lebih gelap berisiko mengalami kerosakan terkumpul disebabkan cahaya matahari yang menyebabkan mereka yang mempunyai kulit yang lebih cerah peningkatan pada garis halus dan kedutan… ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk muncul (3,4). Menggunakan pelindung matahari berspektrum luas untuk 365 hari dalam setahun, walau apa keadaan sekali pun, sangat penting bagi semua orang.

Cara untuk warna kulit yang lebih gelap adalah mencari pelindung matahari yang memberikan perlindungan yang cukup tanpa meninggalkan kesan putih yang membuatkan kulit kelihatan kusam. Inovasi dalam formula pelindung sinar matahari sintetik telah berjaya dengan produk SPF yang tidak meninggalkan kesan yang dapat mengatasi masalah ini. Mencari pelindung matahari mineral (yang hanya mengandungi titanium dioksida atau zink oksida) yang tidak kelihatan pada kulit warna adalah lebih mencabar, tetapi secara umum, produk SPF berwarna tipis dapat membantu. 

Sebenarnya, pigmen zinc oxide yang sering digunakan untuk memberi warna kepada pelindung matahari mineral memberikan perlindungan persekitaran tambahan, penting bagi sesiapa yang menghadapi tona kulit tidak sekata.

Nota tepi: Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap kebiasaannya kekurangan vitamin D. Ini kerana jumlah melanin dalam kulit mereka menyekat sinar UVB daripada matahari yang cukup untuk menghalang penghasilan vitamin D (13). Ketahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan vitamin D tanpa matahari di sini. 

Pegelupasan Kimia dan Dermabrasi untuk Tona Kulit Lebih Gelap

Rawatan di klinik seperti pengelupasan kimia, beberapa rawatan pemancar cahaya, dan dermabrasi memerlukan pertimbangan yang teliti lebih – lebih lagi jika ianya untuk warna kulit yang lebih gelap. Tompok gelap, kehilangan pigmen kekal, dan dalam beberapa kes, parut, boleh berlaku jika prosedur ini dilakukan secara terlalu agresif atau tanpa parameter yang tepat (14). Ketika mempertimbangkan rawatan di klinik, ianya penting untuk berunding dengan pakar dermatologi yang pakar dalam bidang ini dan mempunyai pengalaman dengan kulit yang berwarna.

Prosedur pengelupasan yang lebih lembut yang direka untuk kegunaan di rumah adalah pilihan alternatif yang dapat memberikan hasil yang mengagumkan tanpa prosedur yang lebih invasif (dan mahal). Apabila dirumuskan dengan betul dan digunakan seperti yang diarahkan, pengelupasan seperti itu kulit secara meluas dianggap selamat untuk semua etnik. 

Peraturan Penjagaan Kulit Universal

Kajian menunjukkan bahawa meminimumkan iritasi adalah yang terpenting untuk mereka yang kulit berwarna, dan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa ianya juga benar untuk kulit yang cerah juga (6). Ringkasnya, kulit yang meradang tidak baik untuk semua orang, tidak kira warna kulit atau latar belakang etnik anda.

Seperti peraturan biasa, ia bermaksud untuk elakkan seperti mana berikut:

  • Produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan pewangi (sama ada sintetik atau semula jadi, termasuklah minyak pati).
  • Skrub yang kasar dan berus pembersih yang mempunyai bulu berus yang keras.
  • Sabun buku (ianya mengeringkan, boleh menyumbatkan pori dan menyebabkan kulit kelihatan pucat/kelabu).
  • Bahan – bahan yang menimbulkan iritasi seperti mentol, pudina, kayu putih, lemon atau Alkohol Denat (bermasalah apabila ianya disenaraikan hampir dengan permulaan senarai bahan).
  • Apa-apa yang menarik kulit, termasuk penggunaan alat untuk urutan wajah, senaman wajah, atau membersihkan solekan dengan cara yang keterlaluan kuat pada kulit. Semua pergerakan menarik dan menolak kulit merosakkan elastin yang menjadikan kulit kendur dan kelihatan lebih tua.
  • Sebaik sahaja faktor – faktor iritasi dihapuskan, anda boleh fokus kepada menggunakan rutin penjagaan kulit yang lembut.

Rujukan 

1. Photodermatology, Photoimmunology & Photomedicine, May, 2020, pages 179-184
2. Dermatology Times, June 2015, pages 13-14
3. Experimental Dermatology, 2009, pages 704-711
4. American Journal of Clinical Dermatology, November 2013, pages 7-16
5. Dermatology Times, June 2015, pages 13-14
6. Journal of Drugs in Dermatology, June 2014, pages 61-65
7. Indian Journal of Dermatology, October 2016, pages, 487-495
8. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, July 2017, pages 14-17
9. Phytochemistry Letters, September 2015, pages 35-40
10. British Journal of Dermatology, February 2019, pages 289-296
11. Skin Pharmacology and Physiology, June 2014, pages 311-315
12. International Journal of Women’s Dermatology, February 2019, pages 30-36
13. Dermatologic Therapy, February 2010, pages 48-60
14. Dermatologic Therapy, April 2004, pages 196-205


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.