Adakah Pil Pelindung Matahari Efektif Untuk Kulit? - Paula's Choice Malaysia

Adakah Pil Pelindung Matahari Efektif Untuk Kulit?

Kami di Paula’s Choice sangat menitikberatkan kepentingan penjagaan kulit daripada cahaya matahari. Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan akan mengakibatkan penuaan kulit serta merosakkan kulit.

Terdapat banyak perbincangan yang berkitarkan cara melindungi kulit daripada cahaya matahari. Antara soalan, serta isu terhangat pada masa kini adalah berkisarkan penggunaan pelindung matahari dalam bentuk pil, serta keberkesanannya pada kulit.

Oleh kerana kami fanatik untuk membantu anda mencari jawapan yang terbaik, pada minggu ini kami akan menjawap segala persoalan sama ada pengambilan pil, mahupun makanan tertentu mampu melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Jawapan ringkas: Pengambilan pil pelindung matahari atau makanan tertentu— ianya akan mengurangkan risiko daripada kerosakan kulit daripada cahaya mataharu. Pelindung matahari dalam bentuk pil ini kebiasaanya diperkayakan dengan antioksida.

Kulit adalah organ yang mendapat pelbagai manfaat daripada pengambilan antioksida. Oleh itu, sama ada pengambilan antioksida dalam bentuk pil mahupun disapu, ianya tetap akan memberikan manfaat yang terbaik dan melindungi kulit anda daripada serangan daripada persekitaran.

Akan tetapi! Kami perlu mengingatkan bahawa fungsi pil pelindung matahari ini tidak akan mengambil alih fungsi pelindung matahari yang dipakai secara sapuan pada kulit. Hal yang sedemikian akan memberikan risiko kepada kulit anda, kerana pelindung matahari sapuan bertindak secara langsung untuk menghalang sinaran UV daripada kulit anda dengan efektif.  adalah berbahaya dan berpotensi membawa maut untuk kulit anda!

Kajian lepas telah menunjukkan bahawa makanan tertentu, terutamanya yang kaya dengan antioksida mampu memperbaiki pelbagai aspek isu kulit yang terdedah dengan  matahari. Contohnya termasuk makanan atau suplemen yang tinggi beta karotene atau karotenoid lain seperti Astaxanthin (daripada ikan seperti Salmon), Lutein dan Likopena (tomato), Elegiac Acid ( delima ), vitamin C , E , A , D dan bentuk vitamin B , asid lemak Omega , dan juga serbuk koko kerana tahap konsentrasi flavonoidnya.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian ini boleh mengakibatkan kekeliruan. Sebagai contoh, mereka melihat dos vitamin tertentu seperti C dan E yang melebihi tahap penggunaan yang selamat; ianya dilakukan secara in vitro (bermaksud bukan pada kulit di dunia nyata); atau saiz sampel kajian adalah sangat kecil dan menjadikan kajian ini tidak bermakna apa-apa. Perkara ini lebih menimbulkan syak wasangka apabila kajian mengenai pilpelindung matahari ini ditaja oleh syarikat yang menjual pil pelindung matahari. Walaupun kajian ini memberikan rangsangan positif, namun, kajian ini masih tidak disokong oleh kajian bebas.

Peringatan penting: Jangan bergantung pada diet atau sebarang suplemen untuk melindungi kulit anda daripada matahari. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh diet anda untuk membantu radikal bebas yang diserap, tetapi untuk mengelakkan penuaan pramatang kulit, selaran matahari dan kanser kulit— makanan kaya antioksida dan pil pelindung matahari hanyalah tambahan perlindungan dan tidak boleh bergantung kepada pil ini semata-mata.

Dapatkan produk pelindung matahari di sini.

Rujukan

  1. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2017, pages 33–41
  2. International Journal of Molecular Science, June 2016, page 17; April 2015, page 16
  3. International Journal of Dermatology, March 2015, pages 362–366
  4. Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, February 2015, pages 19–23
  5. Journal of Dermatological Science, May 2010, pages 136–142
  6. Journal of Nutrition, June 2006, pages 1565–1569; January 2003, pages 98–101

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.