8 Tips Mencegah Jerawat
Sekiranya jerawat merupakan isu utama kulit wajah anda, anda berkemungkinan merasakan bahawa anda telah mencuba semuanya. Namun, usah risau! Kami telah mengambil langkah yang berlainan, untuk memberikan maklumat dan penyelidikan yang anda sendiri berkemungkinan tidak pernah dengar sebelum ini. Maklumat yang betul dapat membantu anda menghalang pertumbuhan jerawat dan menjadikannya kurang teruk!
Cara Untuk Menghindarkan Jerawat
Satu nasihat menyeluruh yang sering diabaikan adalah anda perlu mengurangkan kesan iritasi kepada kulit anda. Penggunaan produk yang dikhususkan untuk merawat jerawat kadangkala merupakan sumber kepada iritasi kulit. Iritasi kulit akan mengganggu mikrobiom kulit. Mikrobiom memainkan peranan penting dalam mengawal salah satu punca terbesar jerawat. Ia adalah nasihat yang jarang diberi, namun amat penting!
Mengubahsuai rutin penjagaan dan solekan kulit adalah langkah yang utama untuk mengelakkan kulit dari merengsa. Anda boleh menggunakan produk pencegah jerawat yang lembut. Penggunaan produk yang lembut dapat memberikan kesan yang efektif kepada kulit anda.
- Elakkan penggunaan make up dan penjagaan kulit yang mengandungi kadar SD atau Denatured Alcohol yang tinggi. Alkohol adalah satu bahan yang kerap didapati dalam produk yang tertumpu msalah kulit berjerawat. Namun, meskipun walaupun bahan ini mengeringkan jerawat, bahan ini juga mencetus pengeluaran minyak yang lebih banyak! Respon kulit kepada alkohol yang merengsakan dapat membuat jerawat dan kemerahan lebih teruk.
- Elakkan alat solekan yang tebal atau padat seperti stik atau foundation Jenis-jenis bahan yang dapat membantu mengekalkan bentuk produk-produk ini dalam bentuk pepejal atau separa pepejal (kebiasaannya lilin, atau bahan serupa seperti Polyethylene atau Ethylhexyl Palmitate) adalah rapuh untuk mereka yang mempunyai kulit mudah pecah. Elakkan pelembap berat yang mempunyai bahan-bahan tersebut. Sebaliknya, cari gel atau losen yang ringan.
- Tanggalkan solekan sebelum tidur, tidak kira sepenat mana pun anda. Tidur dengan solekan dapat menyumbang kepada pori-pori tersumbat, tidak lupa juga menyebabkan mata yang sembab dan merah. Jika anda memakai solekan tebal, pertimbangkan untuk menggunakan pencuci bersama-sama dengan penanggal solek lembut dan diikuti dengan toner yang menenangkan untuk memastikan sisa solekan telah tiada dan menyegarkan kulit pada masa yang sama.
- Jangan membersihkan muka anda secara keterlaluan. Seperti yang disebutkan di atas, kulit yang bersih adalah perkara yang baik, namun, ianya bukanlah perkara yang baik sekiranya dilakukan secara keterlaluan. Hal ini boleh merengsakan kulit yang berjerawat dengan lebih teruk. Kaedah yang terbaik adalah mencuci muka anda dua kali sehari (sekali pada waktu pagi, sekali pada waktu malam) dengan pencuci larut air yang lembut.
(Jangan menggunakan pencuci bar –ia akan meninggalkan selaput atau kesan pada kulit anda. Hal ini kemudiannya mengakibatkan pori tersumbat dan mengurangkan keberkesanan sebarang produk anti jerawat yang anda sapu selepas pencucian. Selaput yang tertinggal pada kulit ini juga bersifat mengeringkan, dan boleh mencetus pelbagai masalah kulit yang lain.
- Hindarkan daripada scrub, loofah dan berus pembersih kasar. Kajian lepas yang dilakukan jelas menyatakan bahawa menggunakan Salicylic Acid akan memberikan anda tiga kali ganda faedah! Anda tidak boleh menggosok cela, dan lebih tepat lagi, skrub akan membuatkan jerawat dan kemerahan lebih teruk oleh kerana teksturnya yang kasar.
Salicylic Acid (juga dikenali sebagai BHA) memberikan kesan yang lebih efektif, lembut dan cara semulajadi untuk pengelupasan kulit. Selain itu, BHA juga boleh melarutkan minyak, memastikan pori-pori bersih dari serpihan yang memberi maksud peluang untuk jerawat tumbuh adalah kurang!
- Gunakan produk rambut yang lebih ringan. Perlu diingatkan bahawa kesan produk-produk yang anda gunakan untuk mengayakan rambut anda akan turut terkena pada kulit wajah anda. Itu bermaksud jika anda mempunyai kulit yang berjerawat, elakkan produk penggayaan yang tebal, berlilin atau terlalu banyak penyembur rambut atau mousse kerana ia akan menyumbat pori-pori dan seterusnya menimbulkan jerawat di kawasan garis rambut.
- Lindungi diri anda dari matahari. Anda mungkin pernah mendengar tentang bagaimana sedikit jumlah matahari tanpa perlindungan dapat membantu “menghilangkan” jerawat, namun realitinya ia menyumbang kepada kerosakan kulit disebabkan oleh matahari. Kerosakan ini melemahkan kulit, dan memberi impak negatif kepada jerawat. Jika anda bimbang tentang tekstur produk SPF yang mungkin menyebabkan jerawat, pilih formula yang ringan dan cair; ia mungkin akan mengubah fikiran anda tentang perlindungan matahari (kami berharap ia berlaku). Tidak kira jenis kulit yang ada, SPF adalah kritikal, kerana jika digunakan mengikut arahan penggunaan bersama-sama mengambil langkah perlindungan matahari yang lain, ia dapat mengurangkan risiko kanser kulit dan penuaan kulit awal yang disebabkan oleh matahari.
- Gunakan Benzoyl Peroxide sebagai langkah pencegahan berbanding hanya menggunakannya setelah jerawat mula tumbuh. Benzoyl peroxide adalah bahan utama untuk mencegah pertumbuhan jerawat sebelum ia terjadi. Gunakan secara konsisten di kawasan yang mudah tumbuh jerawat, dan anda akan dapat lihat apa yang kami maksudkan! Kami amat mengesyorkan anda mencuba bermula dengan kepekatan 2.5%, dan jika jerawat degil tumbuh naikkan ke 5% kepekatan.
Perkara Penting Untuk Diingati
Meskipun kelihatan seperti banyak maklumat untuk difahamkan pada satu masa, namun, tips pencegahan jerawat ini penting supaya anda akan membantu mengelakkan anda dari kekecewaan ketika merawatnya nanti. Ingat maklumat ini: berlembutlah dengan kulit, elakkan produk berat dan berlilin, dan gunakan Saliycic Acid + Benzoyl Peroxide secara konsisten untuk membantu mengelakkan jerawat dari tumbuh!
Leave a comment