6 Mitos Jerawat Yang Perlu Anda Ketahui

Mitos: Anda boleh mengeringkan jerawat

Air merupakan produk yang satu-satunya boleh mengering dan jerawat tidak ada kaitan dengan kulit menjadi basah. Mengeringkan wajah dan bahan yang memegan hidrasi pada kulit wajah hanya akan mengurangkan keupayaan kulit untuk pulih daripada jerawat dan mengalakkan pertumbuhan jerawat dan kesan pigmentasi bekas jerawat yang tinggal dengan lebih lama. Mengawal, serta meneyerap minyak pada permukaan kulit adalah berbeza daripada mengeringkan kulit dengan bahan yang kasar seperti alkohol.

Perkara yang boleh dilakukan: Rawat kawasan yang terlibat dengan jerawat dengan lembut dan gunakan produk anti-jerawat yang telah terbukti secara kajian yang mampu mengawal dan merawat jerawat secara efektif dengan cepat.

Mitos: Jerawat berpunca daripada kulit yang kotor

Kepercayaan yang salah ini menyumbang kepada perbuatan mencuci wajah dengan terlalu agresif-seperti penggunaan sabun kasar atau skrub serta berus kasar. Hal ini kemudiannya mengakibatkanku kulit menjadi kering, kasar serta sensitif-- menjadikan kulit menghasilkan minyak secara berlebihan, dan menyumbat liang pori. Hasil daripada pencucian kasar ini juga akan seterusnya menjadikan kulit menjadi kering dan ketat pada permukaan kulit, namun, penghasilan minyak pada bahagian dalam kulit semakin meningkat. Tiada perkaitan antara jerawat dan kulit yang kotor-- ianya lebih kepada isu pori tersumbat. Bahan seperti Salicylic Acid merupakan kunci untuk melawan permasalahan ini!

Mitos: Anda boleh memberi rawatan bertumpu kepada jerawat

Walaupun Salicylic Acid dan Benzoyl Peroxide dapat membantu kulit yang kemerahan, bengkak bagi jerawat yang sedia ada, ianya tidak dapat membantu jerawat yang baru mula untuk tumbuh. Membuat rawatan bagi jerawat yang sudah tumbuh bermakna anda telah mengabaikan jerawat yang belum tumbuh, namun belum dapat dilihat. Hal ini mengakibatkan satu kitaran jerawat yang tidak akan berhenti pada kulit wajah. Rawatan bertumpu adalah pilihan yang bagus bagi individu yang jarang mengalami jerawat, namun sekiranya jerawat pada kulit anda agak kerap muncul-- gunakan rawatan 2% BHA pada keseluruhan wakah bagi mengekalkan kesan yang terbaik pada kulit.

Mitos: Kesan pedih merupakan tanda produk berfungsi

Mitos ini merupalan mitos yang kerap kali didengari! Kebenarannya adalah bahan yang membuatkan kulit anda memberi reaksi seperti Menthol, Peppermint, Eucalyptus, Lemon, dan Alkohol kerap muncul pada produk anti-jerawat. Namun, kajian telah membuktikan bahawa bahan ini memberikan kesan yang serius pada kulit bererawat-- menjadikan jerawat tumbuh dengan lebih agresif kerana sifatnya yang kasar dan memberi iritasi.

Mitos: Anda boleh melawan jerawat dengan skrub

Andailah semudah itu! Pertama, skrub yang menghakis adalah kasar kepada kulit-- oleh itu ia menganggu pertahanan kulit yang bertindak untuk melawan jerawat. Sekiranya pertahanan kulit ini terganggu, sudah semestinya ianya tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membantu jerawat anda. Produk yang kasar juga mengakibatkan kulit menghasilkan minyak dengan lebih banyak-- dan itu bukanlah perkara yang diinginkan. Seperti yang dinyatakan di atas, jerawat tidak berpunca daripada kulit yang kotor, oleh itu, ianya tidak perlukan sesi “deep cleaning” kasar! Gunakan berus lembut (silikon) untuk membantu membersihkan kulit.


Rujukan:

  1. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2016, pages 220-221
  2. Australian Family Physician, August 2006, pages 613-616 and November 2001, pages 1,039-1,044
  3. Family Practice, February 2005, pages 62-70
  4. https://www.niams.nih.gov/health_info/acne/acne_ff.asp

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.