6 Mitos Jerawat

Anda dapat melihat pelbagai teori dan punca-punca pelik tentang pertumbuhan jerawat atas talian, dan mendapat nasihat tentang bagaimana untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh. Kini tiba masanya untuk mengkaji semula mitos-mitos jerawat yang sering diperkatakan, kerana pengetahuan adalah cara yang terbaik untuk mempunyai kulit yang cantik dan licin yang anda inginkan.

Mitos: Anda Boleh Mengeringkan Jerawat

Air adalah satu-satunya elemen yang boleh “dikeringkan”, sementara kulit basah tidak mempunyai kaitan dengan pertumbuhan jerawat. Perbuatan mengeringkan bahan lembapan semulajadi kulit dapat mengurangkan kelebihannya untuk menentang jerawat, dan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat serta parutnya akan menjadi susah untuk hilang. Usah keliru antara “mengeringkan” kulit dengan bahan yang kasar seperti alkohol dan juga menyerap minyak di permukaan kulit!

Anda boleh lakukan ini: Rawat kawasan yang merengsa disebabkan jerawat dengan lembut, menggunakan produk anti jerawat yang mengandungi bahan-bahan yang mempunyai bukti kajian berkesan untuk mengawal jerawat dan membantu kulit menjadi bersih dengan cepat.

Mitos: Jerawat Berpunca Daripada Kulit Kotor

Pendapat ini sering kali diikuti dengan perbuatan membersih secara agresif atau menggunakan skrub menggunakan sabun atau berus skrub yang kasar, yang kemudiannya hanya meningkatkan risiko kulit terengsa, kering dan mengelupas, dan menambah penghasilan minyak dalam pori-pori kulit. Ia juga adalah penyebab kulit menjadi ketat dan kering, namun berminyak di permukaannya. Jerawat bukanlah berpunca dari kulit yang kotor, namun ia mempunyai kaitan dengan pori-pori yang tersumbat, dan disinilah chemical exfoliant yang mengandungi Salicylic Acid memainkan peranan yang penting.

Mitos: Gunakan Rawatan Bertumpu Untuk Jerawat

Walaupun anda boleh menggunakan Salicylic Acid (BHA) dan produk Benzoyl Peroxide untuk mengurangkan kemerahan dan rengsa yang disebabkan oleh jerawat, ianya tidak memberikan kesan untuk jerawat yang baru tumbuh. Menguruskan jerawat yang terlihat dengan mata kasar sahaja bermaksud anda akan sentiasa mencuba untuk menghilangkan jerawat, tanpa usaha merawat jerawat dari punca asal. Rawatan bertumpu adalah sesuai jika anda seseorang individu yang hanya berjerawat untuk masa tertentu, namun aplikasi seluruh muka adalah penting untuk mendapatkan keputusan yang konsisten.

Mitos: Rasa Menyengat Bermaksud Ia Berkesan

Ini adalah mitos yang biasa didengari dan dipercayai oleh orang ramai. Kebenarannya adalah: Bahan-bahan yang menyengat kulit anda seperti menthol, pudina, eucalyptus, lemon dan alkohol di dalam produk anti jerawat adalah penyebab kepada rasa menyengat pada kulit anda. Banyak kajian menunjukkan bahawa berbanding khasiatnya kepada kulit berjerawat dan berminyak, bahan-bahan ini merengsakan kulit muka, serta membuat jerawat dan masalah kulit berminyak menjadi lebih serius.

Mitos: Jerawat Berpunca Daripada Coklat Atau Makanan Berminyak

Meskipun amalan pemakanan sihat dapat menjamin kesejahteraan jasmani anda, terdapat kajian yang telah menyebabkan kekeliruan tentang kebenaran memakan coklat dan kaitannya dengan jerawat. Beberapa kajian awal yang menyatakan hipotesis tersebut dikatakan sebagai kajian lemah atau tidak dilakukan secara menyeluruh. Makanan yang berminyak dan berlemak bukanlah punca kepada timbulnya jerawat namun makanan yang dapat meningkatkan hormon insulin (terutama makanan yang mengandungi gula terproses), telah dikaitkan dengan peningkatan pertumbuhan jerawat—dan coklat adalah salah satu daripadanya. Anda dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan gula untuk beberapa minggu, supaya anda dapat melihat jika cara itu dapat memperbaiki kulit anda.

Mitos: Jerawat Boleh Dihilangkan Dengan Scrub

Alangkah indahnya jika ia semudah itu! Pertama sekali, skrub yang melelaskan adalah bersifat kasar kepada kulit, akan mengganggu permukaan kulit daripada kelihatan sihat, serta tidak akan dapat menghilangkan jerawat. sifatnya yang kasar akan meningkatkan penghasilan minyak muka, iaitu perkara terakhir yang anda inginkan. Seperti yang disebutkan di atas, jerawat bukanlah berpunca daripada kulit yang kotor dan memerlukan pembersihan “mendalam”. Anda boleh menggunakan kain yang lembut bersama-sama pencuci larut air atau berus berbulu lembut untuk pembersihan optimum, yang seharusnya lembut. Kulit anda akan merengsa jika bahan kasar digunakan, dan reaksi kulit mungkin akan memudaratkan.

Dapatkan produk anti-jerawat di sini.

Rujukan

  1. Journal of the American Academy of Dermatology, July 2016, pages 220-221
  2. Australian Family Physician, August 2006, pages 613-616 and November 2001, pages 1,039-1,044
  3. Family Practice, February 2005, pages 62-70

    Leave a comment

    Please note, comments must be approved before they are published

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.