2 Langkah Mudah untuk Kenal Pasti Jenis Kulit Anda - Paula's Choice Malaysia

2 Langkah Mudah untuk Kenal Pasti Jenis Kulit Anda

Kini telah bermula gelombang trend penjagaan kulit wajah, selari dengan perkembangan komunikasi di media sosial yang mula giat berkongsi mengenai kepentingan penjagaan kulit. Kulit yang licin, sekata dan bebas cela adalah idaman semua individu!

Terdapat banyak produk yang di pasaran untuk pilihan anda, namun bagaimanakah untuk memilih produk yang sesuai dan mampu memberi kesan yang efektif kepada kulit? Pemilihan produk yang sesuai dapat memberikan kesan efektif kepada kulit anda.

Sebelum anda membeli sebarang produk, langkah terpenting untuk anda memilih produk yang sesuai adalah dengan mengetahui jenis kulit wajah yang anda miliki. Kami telah menyediakan dua langkah yang mudah untuk mengenal pasti jenis kulit wajah anda!

Langkah 1: Cuci muka anda 

Tanggalkan solekan serta bersihkan wajah anda supaya ianya bebas daripada sebarang minyak, benda asing dan kotoran yang melekat pada kulit muka.

Langkah 2: Tunggu Selama 2 Jam

Jangan memakai apa-apa produk pada kulit wajah anda, tunggu selama dua jam. Ini untuk memastikan kulit wajah kembali pada keadaan asal tanpa bantuan sebarang produk lain.

Setelah selesai melakukan langkah yang diberikan, sila perhatikan dan tentukan jenis kulit wajah anda berdasarkan ciri-ciri  berikut:

Kulit Normal

Sekiranya kulit anda jenis normal, anda akan mendapati tiada tanda kering mahupun kesan berminyak pada kulit. Kulit kelihatan lembut dan anjal.

Kulit jenis normal adalah kulit yang ideal dan diidamkan oleh setiap individu. Produk yang sesuai bagi penjagaan kulit wajah normal perlulah bersifat ringan. Elakkan penggunaan produk penjagaan wajah yang bersifat yang pekat atau heavy.

Kulit Berminyak

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, anda akan mendapati bahawa wajah kelihatan berkilat dan berminyak apabila disentuh. Hal ini kerana bagi kulit berminyak, kadar pengeluaran minyak adalah lebih aktif. 

Kulit wajah jenis berminyak lebih mudah untuk tumbuh jerawat terutama pada kawasan wajah tertentu yang aktif pengeluaran minyak. Produk yang sesuai bagi kulit berminyak adalah dalam bentuk gel dan formula cecair. Elakkan penggunaan pelembab yang berat kerana ianya boleh menyebabkan liang pori tersumbat.

Kulit Kering

Sekiranya anda mempunyai kulit kering, kulit akan terasa terik dan tegang serta anda akan mendapati kulit anda akan mengalami pengelupasan pada sesetengah kawasan kulit.

Penggunaan pelembab dalam bentuk losyen dan krim bagi individu berkulit kering adalah penting dan tidak boleh ditinggakan. Penggunaan pelembab bersifat losyen dan krim akan membantu kondisi kulit kering pada wajah. Anda juga perlu elakkan produk yang mempunyai bahan yang menyebabkan iritasi kepada kulit.

Kulit Kombinasi

Cara anda untuk mengesan sekiranya anda mempunyai jenis kulit kombinasi adalah apabila anda mendapati terdapat kesan berminyak pada hidung dan kering pada kawasan pipi. Kulit akan terasa terik dan tegang pada kawasan yang kering, manakala pada kawasan wajah yang berminyak, ianya akan kelihatan berkilat. Pemilihan produk yang sesuai bagi kulit jenis kombinasi memerlukan eksperimentasi. Produk yang dipilih hendaklah dipakai pada kawasan yang tertentu. Sebagai contoh, gunakan produk berasaskan gel dan cecair pada kawasan wajah yang berminyak manakala bagi kawasan wajah yang kering, boleh digunakan produk seperti produk pelembab yang bersifat ringan atau serum.

Walaupun terdapat empat jenis kulit wajah dinyatakan, namun setiap individu mempunyai spektrum yang berbeza. Sebagai contoh, seseorang berkemungkinan untuk mempunyai kulit yang agak kering pada jenis yang normal, dan sesetengah individu mempunyai kulit yang agak berminyak pada jenis yang normal.

Jenis kulit yang berbeza dapat ditangani dengan memilih produk yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa jenis kulit bukanlah masalah kulit. Sebagai contoh, kulit wajah yang kemerah-merahan akan timbul pada setiap jenis kulit dan tidak tertumpu pada jenis tertentu sahaja. Selain itu, semua jenis kulit juga mempunyai kecenderungan untuk tumbuh jerawat walaupun pada kebiasaannya ia cenderung terjadi kepada kulit yang berminyak. 

Dapatkan produk bagi kulit kering

Dapatkan produk bagi kulit kombinasi

Dapatkan produk bagi kulit normal


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.