Tips Pemakaian Produk Penjagaan Kulit dengan Efektif - Paula's Choice Malaysia

Tips Pemakaian Produk Penjagaan Kulit dengan Efektif

Liquid error (sections/article-template line 82): Array 'settings.blog.articles' is not paginateable.

Sekiranya hanya satu atau dua produk penjagaan kulit sudah cukup untuk merawat kulit anda, tidak perlu risau tentang urutan penggunaannya. Namun kebiasaannya, kulit memerlukan beberapa produk untuk mengatasi variasi masalah kulit-- daripada kedutan, kerosakan akibat cahaya matahari, pori tersumbat, kulit kusam, kulit terdehidrasi, jerawat, keradangan kulit, dan sebagainya. Ianya mungkin kelihatan leceh, tetapi setelah anda mengetahui produk mana yang perlu digunakan, bagaimana dan bila patut digunakan, anda akan kagum betapa singkat masa yang diperlukan untuk memulihkan keadaan kulit ada!

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk memulakan rutin anda, kami mempunyai rutin ringkas untuk panduan anda. Hanya tiga langkah mudah untuk rutin pagi dan malam. Rutin asas ini akan membuatkan anda memulakan perjalanan untuk mencapai kulit terbaik dalam hidup anda.

Atau, jika anda sudah sedia maklum dengan asas penjagaan kulit, anda boleh mulakan dengan salah satu Advanced Routine yang lebih menyeluruh untuk kulit yang lebih baik. Ini adalah direka untuk mengatasi pelbagai masalah kulit seperti tanda-tanda penuaan dan warna kulit yang tidak sekata, serta membekalkan penghidratan dan perlindungan daripada kerosakan disebabkan persekitaran.

Cara Menggunakan Produk Penjagaan Kulit:

Langkah-langkah berikut memudahkan anda untuk melakukan rutin penjagaan kulit pilihan anda-- dari peringkat asas sehinggalah peringkat lanjutan. Ikuti langkah-langkah ini untuk menjimatkan masa dan mendapatkan hasil yang lebih baik:

  • Sekiranya anda menggunakan bahan untuk menanggalkan solekan mata atau wajah, anda boleh menggunakannya sebelum atau selepas pembersih. Pembersih Makeup GENTLE TOUCH kami menghilangkan semua jenis solekan dengan cepat dan mudah dan tidak perlu dibilas; dan sebenarnya bermanfaat untuk dibiarkan pada kulit.
  • Sekiranya anda menggunakan skrub yang berasingan untuk tujuan pembersihan (dan kami harap ia sangat lembut dan tidak merosakkan kulit anda), gunakannya selepas pembersih wajah; anda tidak mahu menyapu lebihan solekan ke dalam kulit anda. Sekiranya anda lebih suka menggunakan skrub pada waktu pagi, anda boleh menggunakannya sebagai pengganti pembersih wajah anda.
  • Selepas mencuci wajah, gunakan toner. 
  • Kemudian, sapukan pengelupas AHA atau BHA.  
  • Selepas mencuci, menyapu toner dan pengelupas, sapukan produk penjagaan kulit anda yang berbaki mengikut turutan teksturnya. Ini bermaksud produk cecair yang pertama, diikuti dengan produk yang lebih pekat, termasuklah booster, serum, essence, rawatan tambahan dan pelembap.
  • Satu-satunya pengecualian untuk langkah-langkah ini adalah pada siang hari, produk terakhir yang anda perlu gunakan sebelum bersolek adalah pelindung matahari, tanpa mengira apa pun teksturnya.

Itu saja! Lebih mudah bukan daripada yang anda sangka?

Mengapa Kulit Memerlukan Banyak Jenis Produk?.

Penjagaan memerlukan beberapa produk berbeza sekiranya anda mempunyai pelbagai masalah kulit seperti kedutan, jerawat, bintik hitam, tekstur kulit yang kasar, kekeringan atau kulit berminyak yang melampau, tona kulit tidak sekata, keradangan, dan hilang keanjalan. Hanya dengan satu produk tidak dapat memenuhi semua keperluan ini.

Bayangkan seperti diet anda: Resipi yang baik akan mengandungi bahan dan nutrien yang bagus, namun, satu resipi tidak mampu menampung kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk sihat. Perkara yang sama berlaku pada kulit - satu produk hebat tidak dapat melakukan semuanya.

Kombinasi produk – produk yang ideal, digunakan dengan urutan yang betul, akan memberikan kulit yang cantik, cerah dan kelihatan lebih muda. Untuk menggabungkan rutin anda sendiri, kami telah membuat panduan tersusun untuk membantu anda menavigasi produk yang kami tawarkan.

Bagaimana untuk Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Secara Bergantian

Baiklah, anda telah memilih produk yang sesuai untuk jenis dan masalah kulit anda, tetapi anda masih tertanya-tanya apakah anda harus menggunakan kesemuanya dua kali sehari. Jawapannya adalah tidak; anda tidak perlu menggunakan setiap produk dua kali sehari. Sebaliknya, anda boleh menggilirkan penggunaan dengan menggunakan beberapa produk pada waktu pagi, dan produk yang lain pada waktu petang, dan yang lain setiap hari. Dengan cara itu kulit anda mendapat semua yang diperlukan secara berkala.

Contohnya, jika anda menggunakan lebih daripada satu serum antioksidan atau bosster kami, daripada menggunakannya satu demi satu siang dan malam, gunakan pada hari yang berlainan atau gabungkan dua pada waktu pagi dan gunakan kombinasi yang berbeza pada waktu petang.

Anda tidak perlu menggunakan semuanya sekaligus untuk mendapatkan manfaat bagi setiap produk. Menggunakan produk secara bergantian menjimatkan masa dan membolehkan anda menyesuaikan rutin pagi dan petang anda, supaya anda dapat menyasar dengan tepat keperluan kulit anda yang berbeza-beza.

Dan tentunya, Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami yang berdedikasi sedia membantu sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan; mereka dengan sabar akan membimbing anda bagaimana menggunakan produk yang anda pilih.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.