Penggunaan Benzoyl Peroxide untuk Jerawat - Paula's Choice Malaysia

Penggunaan Benzoyl Peroxide untuk Jerawat

Liquid error (sections/article-template line 82): Array 'settings.blog.articles' is not paginateable.

Menyediakan rutin penjagaan wajah anti-jerawat yang efektif adalah suatu perkara yang sukar. Pertumbuhan jerawat boleh disebabkan daripada pelbagai faktor luaran seperti persekitaran, produk yang dipakai atau dalaman, seperti hormon. Berdasarkan kajian lanjutan yang telah dilakukan, salah satu bahan  yang paling efektf untuk melawan jerawat adalah benzoyl peroxide.

Bagaimana Benzoyl Peroxide Berfungsi

Benzoyl peroxide merupakan salah satu peroxide organic yang mengeluarkan oksigen apabila diletakkan pada kulit dan membunuh bakteria punca jerawat. Benzoyl peroxide membantu jerawat sehingga ke akar dengan cara menyerap sepenuhnya kedalam pori dan menghapuskan segala bakteria yang menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat pada kulit. Benzoyl peroxide tidak hanya membantu untuk menghapuskan jerawat aktif yang sedia ada, namun membantu untuk menghalang jerawat daripada muncul, serta mengurangkan kesan kemerahan daripada kesan jerawat tersebut.

Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan Benzoyl Peroxide secara topikal tidak akan menganggu microbiome kepada kulit. Mikrobiome kulit yang terjejas akan mengakibatkan kulit sensitif. Benzoyl peroxide bertindak untuk menghalang pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan jerawat.

Produk Benzoyl Peroxide Terbaik

Reputasi benzoyl peroxide untuk melawan jerawat ini sudah diketahui melalui kajian-kajian lepas yang telah dilakukan. Oleh kerana itu, Paula’s Choice Skincare menawarkan dua produk yang mengandungi benzoyl peroxide untuk melawan jerawat dalam rangkaian CLEAR.

Kedua-dua produk ini bertindak efektif untuk melawan jerawat atas beberapa sebab. Kedua-dua produk ini diformulasikan dengan jumlah benzoyl peroxide yang efektif—2.5% benzoyl peroxide untuk jerawat ringan dan sederhana manakala 5% benzoyl peroxide sesuai untuk jerawat degil dan teruk—untuk melawan jerawat jauh ke dalam akar dan punca.

Ciri penting lain bagi formulasi benzoyl peroxide daripada Paula’s Choice adalah ianya mengandungi bahan menenangkan kulit seperti bisabolol dan allantoin untuk meredakan dan melembabkan kulit untuk mengurangkan potensi kekeringan pada kulit—yang merupakan kesan biasa daripada produk melawan jerawat.

CLEAR Daily Skin Clearing Treatments tidak mengandungi bahan yang mengakibatkan kulit sensitif dan bahan yang kasar. Kedua ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian bagi kulit yang mudah untuk mendapat jerawat. Elakkan penggunaan produk yang mempunyai pewangi, menthol dan alcohol kerana bahan ini akan meningkan potensi untuk kulit menjadi berjerawat—oleh itu, produk yang lembut adalah penting.

Sekiranya anda masih  belum mencuba sebarang rawatan untuk jerawat, anda boleh mencuba benzoyl peroxide daripada kami. Sekiranya anda telah menggunakan produk yang telah mengakibatkan kulit anda menjadi sensitif, kami menggalakkan anda untuk menggunakan CLEAR Daily Skin Clearing Treatments dan anda akan dapat melihat perubahan pada kulit anda.


Rujukan

  1. Journal of Clinical Medicine, July 2019, ePublication
  2. Clinics in Dermatology, March–April 2017, pages 173–178
  3. Journal of Infection and Chemotherapy, June 2016, pages 426–429
  4. American Journal of Clinical Dermatology, December 2012, issue 6, pages 357–364

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.