Penjagaan asas bagi mencegah tanda penuaan adalah dengan menggunakan pelindung matahari broad-spectrum secara harian. Pelindung matahari broad-spectrum perlu dipakai pada waktu siang, tidak kira cuaca mendung ataupun hujan!
Pelindung matahari yang terbaik harus mengandungi pelbagai jenis antioksida yang mampu memberi manfaat terbaik kepada kulit. Selain daripada antioksida, pelindung matahari juga harus mengandungi bahan skin-restoring dan mampu memberi kelembapan kepada kulit. Hal ini supaya anda tidak perlu menggunakan dua bahan pelembab berasingan setiap hari.
Kami di Paula’s Choice Skincare mengambil serius mengenai formulasi pelindung matahari supaya kulit anda mendapat manfaat yang terbaik. Produk pelindung cahaya matahari daripada Paula’s Choice Skincare menjangkaui lebih daripada produk pelindung matahari lain yang terdapat di pasaran. Hal ini kerana formulasi kami melembabkan kulit, mengandungi antioksida dan mampu untuk merawat kulit.
Mengapa Pelindung Matahari Penting?
Rutin asas penjagaan wajah untuk melawan penuaan hendaklah merangkumi pencuci, exfoliant, krim mata dan pelembab. Kesemua produk yang dinyatakan adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan sihat dan awet muda.
Namun begitu, tidak ada satu produk yang dinyatakan boleh menggantikan kepentingan untuk memakai pelindung matahari secara harian. Produk penjagaan kulit yang dipakai juga tidak akan dapat bertindak secara efektif tanpa penggunaan pelindung cahaya matahari.
Kulit akan sentiasa terdedah daripada sinaran UV pada waktu siang hari. Kulit yang terdedah tanpa sebarang perlindungan akan mengalami proses penuaan dengan pantas. Sinaran UV daripada cahaya matahari pada siang hari secara perlahan-lahan memberi impak pada kulit wajah, tanpa anda menyedarinya.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya kulit anda mula menunjukkan kesan akibat cahaya matahari? Bagaimana sekiranya kulit anda telah menunjukkan tanda penuaan seperti kedutan dan bintik hitam? Kajian menyatakan bahawa ianya tidak terlewat untuk melindungi kulit wajah anda. Terdapat kajian lanjut membuktikan individu yang mengalami kerosakan kulit akibat cahaya matahari menunjukkan pengurangan kesan tanda penuaan setelah memakai pelindung matahari.
Penggunaan pelindung matahari merupakan asas terpenting kepada penjagaan kulit, namun ianya juga penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Penggunaan pelindung matahari tidak hanya melawan tanda penuaan, namun ianya juga bertindak untuk mengelak daripada kanser kulit.
Tips Pemakaian Pelindung Matahari
Pencarian pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit wajah memerlukan banyak percubaan. Oleh itu, kami akan berkongsi beberapa tips untuk mencari pelindung matahari terbaik, serta panduan penggunaannya.
Rujukan
Journal of Cosmetic Dermatology, February 2017, ePublication
Clinical, Cosmetic, and Investigational Dermatology, April 2016, pages 95-105
Annals of Internal Medicine, June 2013, pages 781-790
International Journal of Molecular Sciences, June 2013, pages 12,222-12,248
Dermatoendocrinology, July 2012, pages 308-319
Experimental Dermatology, June 2011, pages 477-482
Photochemistry and Photobiology, March-April 2011, pages 4
Comments will be approved before showing up.