Tanda-tanda penuaan seperti kulit kering, tidak anjal, tona kulit tidak sekata dan kendur lebih cepat muncul pada bahagian badan yang tidak dilindungi dari matahari. Hal ini terutama berlaku pada bahagian kulit yag tidak mendapat perlindungan matahari, serta kawasan kulit yang kerap kita terlepas pandang mengenai penjagaannya; iaitu kawasan leher dan dada.
Walaupun kawasan ini kerap terlepas pandang, kami juga menerima soalan berikut seperti adakah semua individu memerlukan krim décolletage (dada) atau leher yang istimewa? Jawapannya sama sekali tidak! Teruskan membaca untuk mengetahui perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan leher dan dada anda kelihatan semuda selama mungkin.
Adakah Setiap Individu Memerlukan Krim Leher?
Tidak; sebenarnya anda tidak perlu membeli produk yang berasingan untuk leher atau dada anda adalah tidak perlu dan lebih kerap daripada tidak membazir wang. Anehnya, produk kirm leher yang terdapat dipasaran jarang mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Produk ini juga datang dalam bentuk balang (pendedahkan antioksida kepada cahaya dan udara boleh mengurangkan keberkesanannya), dan yang mengerikan ia hampir tidak pernah mengandungi pelindung matahari. Malah, tiada kajian yang menunjukkan leher atau dada memerlukan bahan khas.
Anda mungkin tertanya-tanya, sekiranya kawasan leher tidak memerlukan produk yang khas, jadi apakah yang boleh dipakai pada kawasan ini? Antara sebab terbesar krim sedemikian tidak diperlukan adalah produk yang digunakan untuk wajah akan berfungsi dengan baik pada leher dan dada anda juga. Kawasan badan, terutamanya kawasan yang terdedah kepada matahari memerlukan jenis bahan berfaedah yang sama seperti muka—bahan pengisi semula kulit, antioksidan, agen penenang, bahan memulihkan kulit dan pelindung matahari pada siang hari untuk melambatkan penampilan penuaan kulit.
Pakar Dermatologi Bertauliah Lembaga Dr. Corey L. Hartman menyatakan, “namun, disebabkan penurunan jumlah kelenjar minyak pada leher dan dada berbanding muka, beberapa bahan aktif yang begitu bermanfaat ini boleh menyebabkan kerengsaan apabila digunakan pada dada dan leher. Atas sebab itu, saya mengesyorkan menggunakan produk yang sama, namun gunakan pada kekerapan 2-3 kali seminggu.
Bagaimanakan untuk Menjadikan Leher dan Dada Kelihatan Muda
Berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan leher dan dada kelihatan lebih muda dan sihat.
- Gunakan secara konsisten produk penjagaan kulit anti-penuaan yang sama untuk muka pada leher dan dada anda juga. Satu-satunya masa anda perlu menggunakan produk berasingan untuk kawasan tersebut adalah jika anda menangani masalah kulit yang berbeza seperti jerawat atau kulit yang sangat kering.
- Pakaian sering mendedahkan leher dan dada kepada matahari, menjadikan kawasan ini sangat terdedah. Sentiasa lindungi leher dan dada anda yang terdedah dengan penggunaan pelindung matahari spektrum luas yang diberi nilai SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari. Ini adalah satu-satunya langkah terbaik yang boleh anda ambil untuk memastikan kawasan kulit anda kelihatan muda dan licin untuk tahun-tahun akan datang. Selain itu, jika digunakan seperti yang diarahkan dengan langkah perlindungan matahari yang lain, memakai pelindung matahari mengurangkan risiko kanser kulit.
- Jika anda melihat tompok-tompok warna kulit yang tidak sekata, atasinya dengan produk yang mencerahkan kulit — sekali lagi, ia boleh menjadi produk yang sama yang anda gunakan pada wajah anda. Anda juga boleh mempertimbangkan produk penjagaan badan yang disasarkan dengan kepekatan 5% niacinamide malam tona untuk mengatasi perubahan warna dan tanda-tanda penuaan pada leher dan dada anda.
- Pertimbangkan untuk menambah penggalak anti-penuaan pada rutin penjagaan kulit anda. Penggalak kulit terbaik dirumus dengan bahan anti-penuaan yang mujarab untuk hasil yang dramatik. Setiap satu mempunyai tekstur ringan yang cantik. Ini boleh disapu terus pada kulit atau dicampur dengan pelembap atau serum anda.
Rujukan
- Aesthetic Surgery Journal, October 2021, pages NP1603–NP1618
- The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, November 2020, pages 13–18
- Dermatologic Therapy, May 2020, ePublication; and May 2016, Supplement 2, pages S101–S107
- Skin Research and Technology, August 2013, pages 236–241
Leave a comment